MEXICO CITY: Presiden Fifa, Gianni Infantino, kelmarin melahirkan rasa sedih selepas mantan mentor beliau, Michel Platini, memutuskan meletak jawatan selepas rayuannya terhadap larangan ditolak.
Bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat Majlis Fifa di Mexico City, Infantino berkata bahawa sebagai ketua badan induk bola sepak dunia, beliau mesti "menghormati keputusan" Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).