Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU SOUTHAMPTON LWN LIVERPOOL

Ings ingin bukti keupayaan sebenar

Liverpool terdesak bangkit apabila bertandang ke kubu Southampton
epl
Jan 04, 2021 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Seorang pemain yang mungkin mempunyai keinginan mendalam membuktikan keupayaan sebenar apabila juara bertahan Liga Perdana England (EPL) Liverpool bertandang ke St Mary's ialah Danny Ings.



Dianggap tidak cukup berkeupayaan untuk beraksi dalam kesebelasan utama dan khidmatnya tidak diperlukan lagi dalam skuad, Ings dijual oleh Liverpool kepada Southampton dengan harga £18 juta ($25 juta) tahun lalu.



Mungkin, dalam tempoh itu, Juergen Klopp membuktikan keputusannya itu tepat - dengan Liverpool memenangi kejuaraan liga yang diidamkan selepas 30 tahun menunggu.



Namun, sejak detik itu, Ings telah bangkit menjadi pemain tunggak bagi Southampton, termasuk membantu kelab jersi jalur merah putih itu mendaki ke bahagian atas liga.



Bukan itu sahaja. Ings juga memikat hati pengurus England Gareth Southgate, yang kembali mengundangnya menyertai pasukan nasional.



Justeru, meskipun beliau tidak akan mengaku mempunyai 'dendam' terhadap Liverpool, Ings pastinya menjejakkan kaki ke padang dengan tekad menunjukkan bekas majikan dan bekas rakan sepasukannya bahawa ketiadaannya telah melemahkan pasukan.



Dan beliau berpeluang berbuat demikian sedang Liverpool terluka akibat diikat seri 0-0 oleh Newcastle United pada pertengahan minggu - keputusan seri ketujuh musim ini yang menjadikan kedudukannya di puncak liga goyah.



Bagaimanapun, Ings perlu pantas menemui semula prestasi yang membuat namanya harum musim ini.



Dalam perlawanan dengan West Ham di pertengahan minggu, Ings, yang baru disertakan semula dalam pasukan selepas mengharungi kecederaan, gagal beraksi dengan baik dan hanya menyentuh boleh kurang 30 kali dalam tempoh 90 minit.



Jika beliau beraksi sedemikian dalam perlawanan dengan Liverpool nanti, kemenangan dan tiga mata mungkin dalam tangan anak didik Klopp, yang terdesak melebarkan jurang antaranya dengan pesaing lain di puncak liga.



Namun, Ings bukan satu-satunya pemain yang menjejakkan kaki ke padang dengan 'bagasi' atau hubungan silam dengan pasukan lain.



Penyerang azimat Liverpool Sadio Mane pernah menyarung jersi Southampton selama beberapa musim sebelum menyertai Liverpool dan peluang menunjukkan kedudukan dan nasib kini lebih baik di kelab baru sentiasa motivasi tambahan bagi para pemain dalam situasi itu.



Sebenarnya, beberapa pemain Liverpool sekarang dan dahulu pernah menyarung jersi Southampton menunjukkan hubungan rapat antara kededua kelab.



Selain Mane, pemain pertahanan Liverpool Virgil van Dijk antara pemainnya yang masih kekal di Liverpool, sementara pemain lain seperti Dejan Lovren, Nathaniel Clyne, Adam Lallana dan Rickie Lambert telah berpindah ke kelab lain.



Van Dijk namun tidak dijangka beraksi malam ini kerana mengalami kecederaan jangka panjang.



MASALAH KECEDERAAAN



Masalah kecederaan yang menghantui Klopp dan Liverpool berterusan musim ini, terutama di bahagian pertahanan, selepas Joel Matip mengalami kecederaan semasa perlawanan dengan West Brom. Andy Robertson juga mengalami kecederaan dalam perlawanan dengan Newcastle.



Matip, yang baru sahaja kembali ke padang selepas mengatasi kecederaan lebih awal, menyertai senarai panjang yang turut disertai Joe Gomez, Van Dijk dan Naby Keita.



Ini bermakna Klopp perlu bergantung pada pemain asal Brazil, Fabinho, dan pemain akademi Rhys Williams dan Billy Koumetio, dengan pemain muda Nat Phillips juga menunjukkan keupayaan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.



Bercakap dengan wartawan baru-baru ini, Klopp berkata keadaan di Liverpool pada masa ini tidak sempurna, tetapi beliau telah menerima hakikat dan perlu mempersiap pasukan bagi perlawanan.



Beliau juga berkata tekanan terhadap pemain berhubung jadual permainan yang padat telah menyebabkan risiko menanggung kecederaan lebih tinggi.



Beliau antara beberapa pengurus pasukan EPL yang cuba tetapi gagal mendapatkan sokongan pasukan lain untuk menambah bilangan pemain gantian yang dibenar beraksi bagi setiap perlawanan daripada tiga kepada lima.



"Tidak ada apa yang hendak dikatakan lagi... saya kecewa kerana ini seolah-olah menunjukkan kita tidak pedulu pada kesejahteraan pemain," kata Klopp.



Namun, kekurangan yang dirasai Liverpool itu mungkin sedikit sebanyak diimbangi oleh ketiadaan pengurus Southampton Ralph Hasenhuettl di padang bersama pasukannya.



Hasenhuettl tidak dapat menyertai pasukannya kerana beliau terpaksa mengasingkan diri di rumah selepas ahli keluarganya dijangkiti Covid-19.



Bercakap kepada BBC selepas pasukannya diikat 1-1 oleh West Ham, Hasenhuettl berkata percubaan menguruskan pasukan dari rumah adalah amat teruk.



Beliau terpaksa berhubungan dengan kakitangan di padang menerusi panggilan video.



"Sukar nak dibayangkan kesukaran yang perlu saya harungi sebelum ia berlaku.



"Saya boleh bercakap dengan pasukan, menyertai mesyuarat tetapi semuanya amat janggal," kata beliau. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >