Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Insiden hentak kepala: Tampines buat laporan polis

Jul 25, 2022 | 08:12 PM



KESAN daripada kekecohan yang berlaku pada babak-babak akhir dan selepas wisel penamat dalam perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) antara Lion City Sailors (LCS) dan Tampines Rovers semakin meruncing dengan Tampines dikatakan telah membuat laporan polis.



Dalam minit-minit terakhir perlawanan di Stadium Jalan Besar itu semalam (24 Julai), jurulatih Sailors, Kim Do-hoon, dilihat menghentakkan kepalanya ke kepala penolong jurulatih Tampines, Mustafic Fahrudin, sedang para pemain kededua pasukan bertengkar mengenai insiden di padang.



Mustafic kemudian dilihat memegang mukanya, dan Kim dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Ahmad A’qashah, sebelum perlawanan diteruskan.







Sedang keadaan mula tenang selepas perlawanan dengan kededua Kim dan Fahrudin dilihat berjabat tangan, situasi kembali tegang apabila pemain dan pegawai dari kededua pasukan meneruskan pertengkaran mereka, dengan kejadian tolak menolak berlaku di tepi padang.



Mustafic, 41 tahun, seorang bekas pemain nasional Singapura, kemudian dilihat bersemuka dengan Kim sekali lagi, dan beberapa saksi berkata mereka melihat pegawai Tampines itu mencekik leher jurulatih LCS.



Dalam pada itu, Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) telah mengelurkan kenyataan mengatakan ia maklum mengenai insiden-insiden yang berlaku dan akan menanti laporan daripada pesuruhjaya perlawanan dan menyemak rakaman video perlawanan berkenaan.



Dihubungi Berita Harian, FAS berkata laporan tersebut akan memakan sedikit masa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >