Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA JUARA-JUARA ANTARABANGSA

Inter Milan tiba di S'pura

Inter bakal menentang Manchester United Sabtu ini sementara Juventus bertemu Tottenham Hotspurs Ahad
Jul 18, 2019 | 05:30 AM



KELAB gergasi Serie A Inter Milan menjadi pasukan pertama untuk tiba di Singapura bagi kejohanan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) yang berlangsung hujung minggu ini.



Pasukan yang juga dikenali dengan gelaran Nerazzurri itu tiba di sini awal semalam sebelum terus ke penginapan mereka di Hotel JW Marriot Singapore South Beach.



Setibanya di hotel, mereka disambut dengan sekumpulan peminat kelab itu yang datang untuk melihat dan mendapatkan tandatangan dan bergambar bersama wira mereka.



Meskipun tampak penat dari penerbangan jauh dari Switzerland, pemain Inter tidak menolak permintaan peminat mereka.



Inter bakal menentang kelab Liga Perdana England (EPL) Manchester United di Stadium Negara Sabtu ini, sebelum berlepas ke Nanjing untuk menghadapi perlawanan menentang juara Serie A Juventus pada 24 Julai.



Juventus yang juga akan ke Singapura bagi kejohanan ICC itu akan bertemu finalis Liga Juara-Juara musim lalu, Tottenham Hotspurs, Ahad ini.



Peminat juga berpeluang melihat pengurus baru kelab itu, Antonio Conte, yang pernah ke Singapura pada 2017 ketika masih menguruskan Chelsea.



Conte mengambil alih jawatan tersebut dari Luciano Spalletti yang meninggalkan kelab tersebut pada Mei lalu selepas membantu mereka mengakhiri musim Serie A lalu di tempat keempat, 21 mata di belakang Juventus.



Pemain Inter, yang berkemeja polo biru dan jaket hitam dan emas, telah memberikan Conte kemenangan pertamanya sebagai jurulatih kelab itu Ahad lalu ketika menewaskan Lugano 2-1 dalam perlawanan pramusim.



Conte yang berjaya membantu Chelsea menjadi juara EPL pada musim 2016/17, diberi kepercayaan mengembalikan pasukan itu ke puncak liga Serie A - satu pencapaian yang kali terakhir dirasakan pada 2010 di bawah pimpinan Jose Mourinho.



"Satu bab baru dalam hidup saya sudahpun bermula dan saya tidak sabar untuk memulakannya," kata Conte dalam laman rasmi Inter.



"Saya akan cuba membalas kepercayaan yang diberikan kepada saya dari presiden dan para pengarah kelab ini.



"Saya telah memilih Inter disebabkan sejarah mereka dan kerana mereka mempunyai cita-cita. Saya turut ingin membantu kelab ini kembali ke puncak liga."



Conte telah mendapatkan khidmat pemain pertahanan veteran Uruguay, Diego Godin, menerusi pemindahan percuma dari Atletico Madrid.



Antara bintang yang mengikuti kelab itu ke sini termasuk Ivan Perisic, Radja Nainggolan dan Marcelo Brozovic. Namun, penyerang dan kapten pasukan Mauro Icardi t ditinggalkan dari lawatan pramusim ke Asia.



Pengarah sukan Inter, Giuseppe Marotta, pernah berkata Icardi bukan sebahagian daripada rancangan Conte untuk musim depan, dengan kedua-dua Juventus dan Napoli berminat untuk menandatangani pemain tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >