Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK TEMPATAN

Irfan diberi peluang kedua uji bakat di Portugal

Aug 04, 2018 | 05:30 AM



PEMAIN skuad bola sepak nasional Irfan Fandi kini lebih dekat dengan impiannya menjadi pemain profesional di Eropah.



Anak sulung legenda bola sepak Fandi Ahmad itu telah diminta kembali ke Sporting Braga dari Portugal bagi mengikuti satu lagi sesi percubaan.



Menurut akhbar The Straits Times, Irfan yang bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-21 pada 13 Ogos akan kembali ke Portugal selepas hari jadinya dan berharap berjaya mendapat kontrak tersebut.



Pasukan itu telah menduduki lima tempat teratas sebanyak sembilan kali sepanjang 10 musim lalu dan melayakkan diri untuk Liga Europa tujuh kali serta Liga Juara-Juara sebanyak dua kali sepanjang tempoh tersebut.



Irfan telah kembali ke Singapura untuk bermain dengan pasukan negara Bawah-23 tahun semasa skuad itu menundukkan Macau 2-0 dalam satu perlawanan Jumaat lalu.



Beliau memberitahu akhbar The Straits Times yang dirinya akan kembali ke Portugal selepas ulang tahunnya dan berharap untuk membuktikan bakatnya agar dapat diberi kontrak.



"Saya memang gemarkan corak permainan bola sepak yang dimainkan di Portugal.



"Sebelum menjalani ujian di Braga, saya telah menjalani latihan selama seminggu di Leeds United, tapi tidak gemarkan cara bola sepak England kerana ia hanya mengenai kecergasan dan larian.



"Di Portugal, semuanya berkaitan bola sepak, termasuk juga taktik permainan dan gerakan pertahanan," kata jejaka setinggi 1.89 meter itu yang mempunyai berat badan 86 kilogram.



Adik Irfan, Ikhsan, 19 tahun, akan turut menjalani ujian di Braga, tapi akan ke Portugal sendirian minggu depan.



Beliau sepatutnya pergi bersama Irfan bulan lalu, tapi mengalami kecederaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >