Isu Ben Davis: Pemain bola sepak muda enggan tetapkan tarikh kembali ke S'pura untuk jalani NS, kata Mindef, SportSG, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

Isu Ben Davis: Pemain bola sepak muda enggan tetapkan tarikh kembali ke S'pura untuk jalani NS, kata Mindef, SportSG

Jul 18, 2018 | 07:07 PM

MENJAWAB pertanyaan media, Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Rabu (18 Julai) memberi pencerahan tentang keputusannya tidak membenarkan pemain bola sepak muda Ben Davis, untuk menangguh Perkhidmatan Negara (NS).

Davis, 17 tahun, menandatangani kontrak profesional dengan kelab Liga Perdana England (EPL) Fulham bulan lalu - pemain nasional pertama berbuat demikian.

“Mindef mengiktiraf pencapaian Encik Benjamin Davis untuk meraih kontrak senior dengan Kelab Bola Sepak Fulham,” kata Mindef dalam jawapannya.

“Namun, penangguhan bagi NS diberikan kepada atlit lelaki yang berkeupayaan cemerlang untuk mewakili kepentingan nasional, dan bukan pembangunan kerjaya sendiri.

“Apabila diberikan, penangguhan adalah untuk tempoh yang tetap, dan atlit lelaki perlu kembali untuk memenuhi amanah NS. Permohonan Encik Davis ditolak kerana ia tidak memenuhi kriteria penangguhan,” kata Mindef.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dalam kenyataan itu, Mindef juga mendedahkan bahawa Davis mengikat kontrak dengan Fulham walau sedar permohonannya untuk penangguhan NS telah ditolak, dan bapanya, Encik Harvey Davis, tidak dapat memberi tarikh bila anak lelakinya itu boleh kembali ke Singapura untuk menjalani NS.

“Ayah Encik Davis enggan memberi tarikh dan meluahkan hasrat untuk mengutamakan kerjaya profesional Encik Davis… dan ayah Encik Davis telah mengumumkan bahawa beliau akan menggalakkan Encik Davis supaya membuang kerakyatan Singapura demi memburu kerjaya,” kata Mindef.

 “Perbuatan Encik Davis bertujuan mengembangkan kerjaya profesional dan bukan kepentingan nasional. Sebagaimana yang diakui ayahnya, beliau sedang menjaga kepentingan masa depan anaknya, bukan Singapura. Mereka tiada hasrat untuk kembali dan memenuhi amanah NS, terutama jika Encik Davis diberikan kontrak profesional penuh selepas tempoh dua tahun kontrak senior ini.

“Membenarkan rayuan sebegini akan meremehkan ‘ethos’ dan pengorbanan warga Singapura yang telah mengetepikan kepentingan peribadi untuk melengkapkan amanah NS,” kata Mindef.

Memberi kenyataannya, badan sukan nasional Sport Singapore (SportSG) berkata komitment khusus untuk kembali ke Singapura pada tarikh yang ditetapkan adalah satu syarat penting bagi permohonan penangguhan.

“Dalam kes ini, MCCY dan SportSG telah berbincang dengan keluarga Encik Davis, di mana kami memberitah mereka tentang kepentingan membuat komitmen ini. Mereka tidak dapat memberikan komitmen ini dan SportSG menyokong keputusan Mindef untuk menolak permohonan,” kata SportSG.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map