KESAN KORONAVIRUS KE ATAS SUKAN SEDUNIA
Italy gantung acara sukan demi kekang virus tular
Langkah diumumkan Perdana Menteri Italy; Liga bola sepak Serie A tidak terkecuali; perlawanan Piala Europa juga terjejas; sejumlah 16j rakyat dikuarantin
Mar 11, 2020 | 05:30 AM
MILAN: Semua acara sukan di Italy telah digantung sehingga sekurang-kurangnya 3 April sebagai sebahagian usaha negara itu menangani penularan Covid-19.
Mengumumkan demikian, Perdana Menteri Italy, Giuseppe Conte berkata ini termasuk perlawanan liga bola sepak profesional Seria A, namun ia tidak termasuk perlawanan melibatkan kelab Italy atau pasukan nasional yang mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa.