ENGGAN menyentuh mengenai prestasi beliau di Jepun, penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud, menggesa rakan sepasukannya memberi tumpuan penuh kepada kelayakan Piala Dunia Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) menentang Syria malam ini.
Singapura berada di tangga teratas Kumpulan E selepas menewaskan Kemboja 4-0 dalam perlawanan pembukaan mereka. Sebelum ini, Izwan yang dapat menyelamatkan gawangnya sebanyak 18 kali apabila seri menentang Jepun di Saitama telah membantu Singapura memperolehi satu mata.