Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

RENANG

Jadual padat termasuk Sukan SEA & Asia menanti perenang negara tahun ini

Jan 22, 2022 | 05:30 AM



JADUAL yang sibuk menanti perenang Singapura tahun ini, dengan tiga kejohanan sukan utama menanti - Sukan SEA (12-23 Mei), Sukan Komanwel (28 Julai-8 Ogos) dan Sukan Asia (10-25 September) - dan menjelang dua Kejohanan Dunia.



Cabaran yang dihadapi anak didik ketua jurulatih nasional Gary Tan ini juga dirumitkan lagi kerana dua bintang renang skuad lelaki, Joseph Schooling dan Quah Zheng Wen, sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dan masih belum tentu dapat disertakan bagi kejohanan-kejohanan besar itu.



Namun, Tan berkata beliau masih berharap anak didiknya akan memenangi pingat di Sukan Asia, walaupun tidak memberikan sebarang sasaran pingat khusus kepada mereka.



"Saya berharap untuk memenangi beberapa pingat perlumbaan berganti-ganti dan dua pingat individu," kata beliau dalam wawancara dengan The Straits Times (ST) baru-baru ini.



"Jika anda melihat keadaan pasukan kami, ada beberapa atlet yang telah kami senaraikan sebagai yang berpotensi memenangi pingat di Sukan Asia."



Di Sukan Asia 2018 di Jakarta, perenang negara pulang dengan dua pingat emas, sebutir perak dan tiga gangsa.



Schooling memenangi perlumbaan gaya kupu-kupu bagi jarak 50 meter dan 100 meter lelaki serta menganggotai pasukan lumba berganti-ganti yang memenangi pingat perak dalam perlumbaan gaya bebas 4x100 meter dan 4x200 meter.



Roanne Ho pula, yang kini telah bersara, memenangi pingat perak dalam perlumbaan kuak dada 50 meter, dengan pasukan berganti-ganti wanita memenangi pingat gangsa bagi acara 4x100 medley.



Menurut Tan, pasukannya bermatlamat menggunakan Sukan SEA sebagai platform untuk memupuk bakat baru dan menimbangkan untuk menyertakan pasukan yang muda di Hanoi.



Tan, 39 tahun, yang juga bekas perenang nasional, berkata:



"Kami masih mahu perenang terbaik untuk bertanding di kejohanan-kejohanan ini... kami masih perlu membuat pilihan berdasarkan siapa yang melayakkan diri dan jika ada keperluan menghantar bakat baru ke Sukan SEA."



Buat masa ini, Tan disokong sekumpulan penolong jurulatih baru yang terdiri daripada Alex Mordvincev dari Hungary, warga Brazil Gustaco Schirru dan bekas perenang nasional Lionel Khoo.



Mereka disertai pengendali pembangunan atletik nasional, Thng Shiqi.



Kesemuanya menyandang jawatan masing-masing sejak Ogos tahun lalu, menyusuli persembahan pasukan yang mengecewakan di Olimpik Tokyo.



Stephan Widmer, yang ketika itu merupakan ketua jurulatih nasional, meletakkan jawatannya selepas temasya sukan itu.



Pasukan baru ini telah diberi pujian kerana kejayaan di Kejohanan Renang Nasional Singapura Kesembilan (Jarak Dekat) tiga bulan selepas mereka dilantik, apabila 20 rekod nasional dipecahkan dan 14 perenang melayakkan diri ke Kejohanan Renang Sedunia Fina (25m) di Abu Dhabi.



Malangnya, pasukan terpaksa menarik diri daripada kejohanan di Timur Tengah itu selepas empat anggota diuji positif bagi Covid-19 di sana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >