BADMINTON TERBUKA SINGAPURA
Jaguh Jepun antara tujuh juara dunia bakal serikan kejohanan kali ini
Feb 21, 2019 | 05:30 AM
EDISI Kejohanan Badminton Terbuka Singapura tahun ini menjanjikan taburan bintang - sesuatu yang pasti menggembirakan peminat setempat sukan ini.
Terbaru - juara dunia perseorangan lelaki, Kento Momota, mengesahkan penyertaannya di kejohanan yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Singapura dari 9 -14 April ini.