RANCANG satu kehidupan gaya hidup sihat dan anda akan dihadiahkan kredit bernilai $100 yang boleh digunakan, contohnya, untuk memasuki kolam renang serta gimnasium dan membayar yuran program kecergasan seperti kickboxing.
Inilah yang dapat dinikmati semua rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) yang menyertai pergerakan ActiveSG Sukan Singapura (nama baru Majlis Sukan Singapura).