Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jaringan cantik TMJ bantu kutip $222,720 untuk badan amal

Jul 01, 2019 | 08:48 PM



 





JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memukau penonton apabila menghasilkan satu jaringan cantik dalam perlawanan bola sepak yang turut menampilkan beberapa bintang terkemuka antarabangsa.



 Dalam perlawanan amal yang disaksikan sekitar 17,000 penonton di Stadium Larkin, Johor Bahru, malam kelmarin, Tunku Ismail berjaya menjaringkan gol kelima untuk pasukannya Johor Darul Ta'zim (JDT) TMJ dalam kemenangan 9-5 menentang JDT Rest of The World (All-Stars JDT).



 Sejurus mendapat bola hasil hantaran ‘backheel’ bekas pemain pasukan nasional Perancis, Florent Malouda di dalam kawasan kotak penalti, Tunku Ismail melepaskan sepakan lencong yang gagal diselamatkan penjaga gawang lawan.



 Perlawanan persahabatan amal itu berjaya mengutip sebanyak RM 680,000 ($222,720) yang akan disalurkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Women's Aid Organisation (WAO) dan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ).



 Antara bintang legenda yang dijemput untuk beraksi pada perlawanan itu termasuk Rivaldo, Robert Pires, Louis Saha, Claude Makalele, David Trezeguet, Marco Materazzi, Edgar Davids, Gianluca Zambrotta dan Esteban Cambiasso. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >