BINTANG bowling muda negara, Muhammad Jaris Goh, dan pemain wanita, Cherie Tan, dipilih mewakili Singapura dalam pertandingan Piala Dunia Bowling QubicaAMF Ke-50 di Poland dari 1 hingga 9 November ini.
Kededua pemain itu, yang tidak asing dalam pertandingan di peringkat antarabangsa, berlepas ke Poland malam tadi dengan diiringi jurulatih Helmi Chew bagi menyertai pertandingan perseorangan bowling amatur paling berprestij tersebut.