Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Jazreel juarai kejohanan pro bowling anjuran PBWA di Amerika Syarikat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Jazreel juarai kejohanan pro bowling anjuran PBWA di Amerika Syarikat

Jul 19, 2015 | 12:37 PM

SRIKANDI bowling negara, Jazreel Tan, mengukir nama di Amerika Syarikat apabila memenangi Terbuka Sukan Lubbock anjuran Persatuan Bowling Wanita Profesional (PBWA) yang berlangsung di Texas sebentar tadi (19 Julai).

Dalam final 'stepladder', Jazreel mengatasi cabaran peserta Amerika, Stefanie Johnson, 257-246 untuk merangkul hadiah utama AS$10,000 ($13,700).

Wakil Singapura berusia 25 tahun itu adalah satu-satunya bukan warga Amerika di kalangan empat peserta di final 'stepladder' dengan Jazreel diletakkan sebagai pilihan utama. Tiga pencabarnya lain adalah Missy Parkin, Danielle McEwan dan Johnson.

Kejayaan itu menyusuli kehebatan yang dipamerkannya apabila merangkul pingat emas acara Masters di Sukan SEA Ke-28 Singapura yang berakhir baru-baru ini.

Selain Jazreel, Singapura turut diwakili oleh Shayna Ng, Cherie Tan, Daphne Tan dan New Hui Fen di kejohanan di Texas itu.

Jazreel, yang juga terpilih dua kali sebagai Pemain Terbaik Kolej semasa berada di wilayah Wichita dari 2009 hingga 2013, seterusnya akan mengambil bahagian di kejohanan pro PBWA di Wichita, Kansas.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3