Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

JDT minat sertai SPL: FAS akan teliti secara menyeluruh

Persatuan itu akan ambill kira kepentingan bola sepak S'pura
Jun 09, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) akan "menyemak secara menyeluruh sebarang permohonan bertulis" sekiranya menerima minat daripada kelab gergasi Malaysia Johor Darul Takzim (JDT) untuk beraksi dalam Liga Perdana Singapura, kata Presiden FAS Lim Kia Tong.



Lim menambah badan bola sepak negara juga akan mengambil kira kepentingan bola sepak Singapura sebelum membuat sebarang keputusan mengenai penyertaan kelab Malaysia itu.



Respons FAS ini berikutan wawancara Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, iaitu pemilik JDT, bersama media Malaysia Astro Arena Ahad lalu.



Tunku Ismail mengatakan JDT sedang dalam perbincangan dengan FAS bagi skuad bawah 21 tahunnya, JDT III, bertanding dalam SPL.



Semasa wawancara secara langsung itu, Tunku Ismail ditanya untuk memberi komen mengenai rancangan pembangunan JDT untuk mempertingkatkan persembahan keseluruhan pasukan khususnya dalam kalangan pemain.



"Ya, kami telah meletakkan pelaburan yang banyak (dalam belia kami). Sekarang kami sedang berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Singapura untuk menghantar JDT III untuk bermain dalam liga Singapura sebab kami mahu memberi perlawanan yang lebih kompetitif kepada pemain muda kami. Buat masa ini, kami tidak mempunyai banyak perlawanan kompetitif di Malaysia," kata Tunku Ismail.



"Jadi, kami masih berbincang dan saya harap kami dapat disertakan dan diberi peluang untuk mengambil bahagian (dalam SPL)," tambahnya.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) mengenai perkara ini, Lim semalam berkata:



"Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) maklum mengenai komen yang dibuat Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu wawancara baru-baru ini untuk membariskan pasukan dari Johor Darul Takzim (JDT) dalam Liga Perdana Singapura (SPL).



"FAS akan menyemak secara menyeluruh sebarang permohonan bertulis jika diterima, untuk menyertai SPL, dengan mengambil kira kepentingan bola sepak Singapura, sebelum keputusan dibuat."



Tunku Ismail telah membimbing skuad senior JDT merangkul tujuh kejuaraan Liga Super Malaysia berturut-turut.



JDT III kini bermain dalam Piala Presiden Malaysia, pertandingan bawah 21 tahun kebangsaan.



SPL buat masa ini mempunyai lapan pasukan, dengan satu pasukan asing dari Jepun - juara bertahan Albirex Niigata.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >