Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

JDTI muncul sebagai kelab pertama rantau ini untuk juarai Piala AFC

Nov 01, 2015 | 07:56 AM

PASUKAN Johor Darul Takzim I (JDTI) mencipta sejarah sebagai pasukan pertama Malaysia untuk menjuarai Piala AFC - kejohanan berprestij anjuran Gabungan Bola Sepak Asia - selepas kemenangan 1-0 ke atas kelab Tajikistan, Istiklol, lewat malam tadi (31 Oktober).

Kelab yang turut diperkuat bintang midfield nasional, Hariss Harun itu, menyumbatkan gol kemenangan melalui pemain import Argentina, Leandro Velazquez, pada minit ke-23 bagi membolehkan juara Malaysia itu menjadi kelab pertama bukan dari Timur Tengah atau Uzbekistan untuk menjulang kejuaraan ini yang hanya berada setahap di bawah Liga Juara-Juara Asia.

Bermain di padang rumput tiruannya di Stadium Pamir, Istiklol menyaksikan tiga percubaannya tidak disahkan kerana ofsaid.

Kededua JDTI and juara Tajikistan dua kali, Istiklol, mendapat tempat mereka ke final sekalipun tewas dalam pertarungan pertama masing-masing di separuh akhir.

JDTI tewas 1-3 kepada juara bertahan dari Kuwait, Al-Qadsia, manakala Istiklol kecundang 0-4 kepada Al-Kuwait tetapi kededua kelab Kuwait itu dihumban daripada kejohanan selepas digantung oleh badan dunia, Fifa, menyusuli terdapatkan campur tangan pemerintah dalam sukan itu. - Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3