Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jepun pula cipta kejutan besar Piala Dunia

Nov 25, 2022 | 05:30 AM



BOLA sepak memang mempunyai naratif yang boleh dianggap aneh dan menarik.



Seperti dalam pertemuan antara Jerman dengan Jepun yang berlangsung kelmarin, berkesudahan dengan Jepun menang 2-1.



Anehnya Jerman yang menjaringkan gol awal pada minit ke-33 menerusi sepakan penalti Ilkay Gündogan dan pasukan gergasi Eropah itu menguasai perlawanan sepanjang perlawanan.



Namun semangat juang yang dipamerkan pasukan Jepun selepas masa rehat mengubah rentak permainan pasukan Asia itu.



Corak permainan yang lebih berdisiplin dan lebih lincah oleh para pemain Jepun - di benteng pertahanan, tengah padang dan jentera serangan - jelas membuahkan hasil apabila mereka berjaya menjaringkan dua gol menerusi Ritsu Doan pada minit ke 75 dan Takuma Asano pada minit ke 83.



Lebih menarik lagi, kededua pemain ini bermain dalam Bundesliga dengan Ritsu Doan bermain dengan pasukan SC Freiburg sementara Takuma Asano pula bermain dengan pasukan Vfl Blchum 1848.



Terdapat tiga lagi pemain Jepun yang turut bermain dengan kelab-kelab di Jerman.



Kemenangan Jepun ke atas Jerman dalam Piala Dunia kali ini merupakan kejutan kedua selepas Arab Saudi menundukkan Argentina dengan keputusan yang sama.



Menurut beberapa laporan, sejurus wisel penamat ditiupkan, pasukan Jerman meninggalkan Stadium Antarabangsa Khalifa secara senyap, sedang para pemain Jepun bersorak menyambut kemenangan mereka di hadapan para peminat mereka.



Padahal dalam separuh masa pertama para penyokong Jerman yang paling kuat bersorak - dan sorakan bertambah gemuruh apabila pasukan kegemaran mereka itu mendapat tendangan penalti yang disempurnakan Ilkay Gundogan.



Jepun pula gagal meraih sebarang percubaan ke gawang lawan dalam separuh masa pertama tapi berhasil jaringkan dua daripada tiga percubaan mereka dalam separuh masa kedua.



Laporan itu memetik Takuma Asano sebagai berkata:



"Ia bak mimpi jadi nyata. Kami tahu yang kami mampu lakukannya, inilah mimpinya.



"Kami sendiri menonton perlawanan antara Argentina dengan Arab Saudi dan kami fikir yang kami juga mampu lakukan yang sama - dan kami berhasil lakukannya," katanya.



Sememangnya keputusan ini mengejutkan dengan kededua kekalahan gergasi bola sepak dunia itu merupakan tamparan hebat kepada pasukan yang dianggap favorit.



Namun jika dilihat dari sudut berbeza, ia juga menandakan bahawa pasukan Asia sudah mampu menyaingi kehandalan pasukan dari Eropah dan Amerika Selatan.



Ini mungkin juga kerana ramai pemain Asia - seperti Ritsu Doan dan Takuma Asano meraih pengalaman berharga bermain dalam liga-liga di Eropah termasuk di Jerman.



Cara latihan yang dilalui, corak permainan yang diterap - semua ini membantu dalam pembangunan bola sepak di Jepun.



Apatah lagi dengan corak permainan disiplin yang sudah lama diterapkan pasukan Jepun sejak dahulu.



Kededua elemen ini - pengalaman bermain di Eropah yang digabung dengan sikap disiplin - merupakan antara kunci kejayaan sesebuah pasukan.



Pengurus Jepun, Hajime Moriyasu, memberitahu media bahawa pasukannya sudah mula mencapai tahap bola sepak global.



"Kami menunjukkan akan kemampuan bola sepak Asia.



"Mereka (Jerman) mungkin mempunyai penjaga gawang yang hebat, namun para pemain kami bijak. Apabila kami lepaskan satu gol ke gawang kami, kami terus berlawan.



"Kita perlu memberi tekanan barulah dapat dicapai keinginan itu. Pasukan kami memberi tentangan hebat. Kita perlu lasak sehingga ke saat akhir untuk meraih kemenangan ini," katanya.



Namun Jepun tidak mampu leka.



Mereka masih perlu berhadapan dengan sebuah lagi pasukan gergasi bola sepak dalam kumpulan yang sama - Sepanyol yang menundukkan Costa Rica 7-0 semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >