EVIAN (Perancis): Juara dunia, Jerman, berjanji akan meningkatkan lagi 'senjata api' pasukan apabila mereka turun ke padang bagi pertemuan dengan Ireland Utara hari ini (12 tengah malam ini waktu Singapura) selepas terkial-kial untuk menjaringkan gol dalam dua perlawanan awal di Euro 2016 ini.
Pasukan pimpinan Joachim Loew akan menjamin tempatnya di pusingan 16 pasukan terakhir dengan kemenangan atau seri dalam pertarungan terakhirnya dalam Kumpulan C ini tetapi mereka terdesak menunjukkan sentuhan lebih tajam di hadapan gawang lawan selepas hanya menyumbatkan dua gol sebelum ini.