Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMINDAHAN PEMAIN

Jesus setuju sertai Arsenal, Bellingham mungkin ke Liverpool

Jun 28, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Penyerang Brazil dan Manchester City, Gabriel Jesus, dilaporkan telah mencapai persetujuan menyarungi jersi Arsenal dengan mengikat kontrak lima tahun dengan kelab London itu.



Tempat Jesus dalam pasukan City terancam dengan juara bertahan itu mendapatkan khidmat penyerang sensasi, Erling Haaland.



Jesus, yang telah menjaringkan 58 gol dalam 159 perlawanan Liga Perdana England (EPL) sejak mewakili City pada 2016, menyertai tahun terakhir kontraknya dengan pasukan Manchester itu.



Sumber-sumber yang dekat dengan pemain itu berkata beliau mempunyai beberapa tawaran daripada luar England namun keberakatan membawa keluarganya ke luar negara setelah mereka selesa tinggal di England.



Pemindahan ke Arsenal itu dikatakan merupakan pilihan terbaik meskipun The Gunners terlepas beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah.



"Tentunya pilihan sempurna bagi Gabriel ialah untuk terus beraksi di peringkat tertinggi namun Arsenal adalah sebuah kelab terkemuka dan mempunyai cita-cita tinggi dan memenuhi juga cita-cita Gabriel," kata sumber tersebut.



Mengulas pemindahan tersebut, bekas penyerang Arsenal, Paul Merson, berkata ia adalah langkah yang menguntungkan semua pihak, terutama Arsenal.



"Arsenal mempunyai ramai pemain penyerang muda yang boleh berkembang dengan kehadiran pemain berpengalaman dan telah memenangi EPL seperti Jesus," ujarnya.



"Jesus pula, pada usia 25 tahun, akan mencapai puncak kerjayanya dan masih mempunyai perjalanan yang jauh untuk membuktikan diri beliau sebagai antara penyerang handalan dunia.



"Di City, dengan barisan bintang mereka, mungkin peluang beliau untuk menyerlah lebih terhad tapi di Arsenal, Jesus berpeluang menjadi seorang legenda seperti (Thierry) Henry dan (Robin) Van Persie," tambah beliau.



Dalam pada itu, Liverpool dikatakan yakin untuk mendapatkan khidmat pemain midfield muda Borussia Dortmund, Jude Bellingham, 18 tahun.



Menurut sumber yang rapat dengan kededua kelab, satu perjanjian mungkin dicapai seawal musim ini, namun dengan pemain itu kekal bersama Dortmund sehingga akhir musim 2022/2023.



"Bellingham tahu beliau merupakan pemain yang diminati (Jurgen) Klopp dan cara permainannya amat sesuai dengan cara Liverpool.



"Namun, beliau selesa di Dortmund dan telah menjadi pemain penting bagi kelab Jerman itu. Dengan Piala Dunia pada musim sejuk ini, pemain itu mahu memastikan beliau terus bermain secara kerap dan pertukaran kelab pada detik ini membawa bersamanya ketidakpastian.



"Justeru, sekiranya perjanjian dicapai, ia akan melihat Bellingham menghabiskan musim akan datang di Jerman sebelum menyertai Liverpool musim depan," kata sumber tersebut. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >