DEMI melangkah lebih jauh dan mengecap kecemerlangan dalam persada bola sepak antarabangsa, Singapura harus sedia merubah pendekatan dan dasar yang meraut hala tuju bola sepak negara ini, kata Jita Singh.
Semasa diwawancara Berita Minggu Ahad lalu di Akademi Kelab Bola Sepak Frenz United di Janda Baik, Pahang, mantan ketua kanan pembangunan sukan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) itu berkata, sebagai permulaan, tumpuan serius harus diberi kepada peringkat paling bawah - golongan pelajar.