Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA: LAHIRNYA BINTANG BARU

Jones, 18 tahun, tunggak kemenangan Liverpool

Sep 30, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Seorang bintang bola sepak England baru mungkin telah dilahirkan, dan beliau bernama Curtis Jones.



Pemain berusia 18 tahun itu bukan sahaja merintis empat gol bagi Liverpool semasa ia membelasah FC Porto 5-1 dalam perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, malah beliau juga menarik perhatian kerana menguasai midfield walaupun beraksi menentang pemain lawan yang jauh lebih berpengalaman.



Mengulas mengenai permainan anak didiknya itu selepas perlawanan, pengurus Liverpool Juergen Klopp berkata Jones mengalami masalah sakit perut sebelum perlawanan dan hampir tidak beraksi.



"Saya katakan kepadanya supaya terus sakit perut jika ia membolehkan beliau beraksi sedemikian," kata Klopp, berseloroh.



"Bagi saya, Jones begitu berpengaruh (di padang) dan beliau terlibat dalam semua percubaan gol yang baik bagi kami. Namun, beliau juga bermain dengan baik dari sudut pertahanan dan mematuhi strategi pasukan untuk membendung lawan," ujar Klopp lagi.



Bekas pemain England Michael Owen, yang kini bertugas sebagai pengulas bola sepak, berkata sudah tiba masanya Klopp memilih Jones lebih kerap dalam kesebelasan utama.



"Beliau hanya akan menjadi bertambah baik selepas ini," ujar Owen. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >