Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Joseph Schooling terpilih sebagai Atlit Terbaik 2014 akhbar The Straits Times

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Joseph Schooling terpilih sebagai Atlit Terbaik 2014 akhbar The Straits Times

Mar 05, 2015 | 04:35 PM

PINGAT bersejarah Sukan Komanwel Glasgow serta kehebatannya di Sukan Asia Incheon, Korea tahun lalu membantu jaguh renang negara, Joseph Schooling, ditabal sebagai Atlit Terbaik The Straits Times (ST) 2014 dalam satu majlis di Hotel Raffles hari ini, Khamis.

Schooling mengatasi empat calon lain termasuk srikandi bowling yang memenangi pingat terbanyak Singapura di Incheon, Jazreel Tan, untuk dipilih sebagai pemenang edisi keenam anugerah ini yang mula dikenalkan pada 2008.

Tiga calon lain tahun ini ialah dua peserta kapal layar yang merangkul pingat emas di Sukan Olimpik Belia (YOG) tahun lalu - Samantha Yom dan Bernie Chin - di samping jaguh muda sukan kiu (cuesports), Aloysius Yapp.

Bapa Schooling, Coin, menerima anugerah itu daripada tetamu terhormat majlis, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Lawrence Wong, kerana anaknya itu kini meneruskan pelajaran sambil mengembangkan lagi bakatnya di kolam renang sebagai mahasiswa di Universiti Texas, Amerika Syarikat.

Dalam ucapannya, Editor Sukan akhbar ST, Encik Marc Lim, akui tahun lalu adalah "tahun yang begitu hebat" bagi Schooling yang wajar dipilih sebagai pemenang anugerah tahun ini.

Anugerah tahun lalu dimenangi bintang bola sepak nasional, Safuwan Baharudin, yang kini menyarungi jersi Melbourne City FC dalam Liga Australia.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3