Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA ENGLAND

Juara 14 kali Arsenal dimalukan; Spurs, Liverpool mara

Nottingham Forest catat kemenangan manis untuk langkah ke pusingan ke-4
Jan 11, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Nottingham Forest memalukan juara 14 kali Arsenal dalam saingan Piala FA pagi semalam, manakala Tottenham dan Liverpool terselamat daripada lawan kelab bawahan untuk meneruskan kemaraan.



West Ham United menyingkirkan Leeds United 2-0 dalam saingan pusingan ketiga perlawanan yang menyaksikan pertembungan dua kelab Liga Perdana sementara Wolves menewaskan Sheffield United 3-0.



Bagaimanapun, Arsenal kendalian Mikel Arteta gagal menunjukkan prestasi meyakinkan berdepan Forest dan terpaksa membayar harga tinggi kerana beraksi di bawah keupayaan sebenar apabila tewas 0-1.



Detik kemenangan itu hadir pada minit ke-83 apabila Lewis Grabban menyempurnakan hantaran menarik Ryan Yates untuk mengesahkan pertemuan dengan penyandang juara, Leicester City, pada pusingan berikutnya.



"Saya tidak mahu memberi sebarang alasan, saya mengharapkan pasukan ini melakukan lebih baik, jadi apabila gagal melakukannya di saingan piala, akibatnya kami terkeluar," kata Arteta dengan nada kecewa dan kini hanya perlu menumpukan pada aksi Liga Perdana.



"Hari ini membuktikan kami tidak berkemampuan untuk menang berdepan Forest dan tidak meletakkan tahap untuk menang perlawanan," katanya.



"Ada banyak isu dan hari ini kami tidak melakukannya."



Arteta membuat beberapa perubahan tetapi pemain berbakat sayap England, Bukayo Saka; bintang Norway, Martin Odegaard; dan penyerang Brazil, Gabriel Martinelli kesemuanya beraksi di Stadium City Ground itu.



Kienan Davis, yang dipinjam dari Aston Villa, hampir memalukan bek pertahanan Arsenal dengan beberapa peluang pada babak pertama.



Kekecewaan Arteta ditunjuk apabila beliau mengeluarkan pemain bek kiri Nuno Tavares untuk digantikan dengan Kieran Tierney seawal minit ke-34.



Ini selepas kesilapan Tavares mengumpan bola yang berbahaya kepada penjaga gawang sendiri Bernd Leno.



Pemain pertahanan dari Portugal itu kemudian membuka sarung tangannya dan melempar ke padang dengan penuh kemarahan sebagai memprotes keputusan pengurus pasukannya itu.



Rekod pemenang Piala FA itu hanya tewas dua kali dalam pusingan ketiga sejak 1996 - kedua-dua kali itu di tangan Forest.



Namun bos Forest, Steve Cooper, berkata anak didiknya wajar memenangi perlawanan yang cukup bermakna itu.



"Saya sangat bangga dengan pemain saya... prestasi mereka wajar dipuji," katanya.



"Hebat sekali dapat meneruskan langkah (ke pusingan selanjutnya) dan saya berharap pemain kami akan lebih yakin dengan keupayaan mereka."



Dalam perlawanan awal, Spurs ketinggalan pada babak pertama menentang seteru dari Liga Satu, Morecambe tetapi Harry Winks menyamakan kedudukan sebelum pemain gantian Lucas Moura serta Harry Kane meledakkan gol lewat untuk mengesahkan kemenangan 3-1.



Liverpool turut melangkah ke pusingan selanjutnya selepas kemenangan 4-1 ke atas Shrewsbury 4-1 di padang sendiri Anfield.



Ketinggalan gol pembukaan jaringan pasukan pelawat, anak didik Juergen Klopp bangkit dengan empat gol melalui Fabinho (dua gol), Kaide Gordon dan Roberto Firmino, untuk menjamin tempat ke pusingan keempat kejohanan merebut piala berprestij England ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >