PERSAINGAN merebut mahkota acara perseorangan wanita kejuaraan badminton Terbuka OUE Singapura 2014 dijangka bertambah sengit dengan penyertaan juara dunia, Ratchanok Inthanon, dari Thailand.
Ratchanok, juara dunia paling muda pada usia 18 tahun, adalah sebahagian daripada pemain dalam kontinjen pasukan Thailand yang mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan yang dijadualkan berlangsung di sini dari 8 hingga 13 April ini.