DUISBERG (Jerman): Sevilla mara ke pusingan separuh akhir Liga Europa selepas tandukan lewat Lucas Ocampos menundukkan Wolverhampton Wanderers dalam kemenangan tipis 1-0 manakala Shakhtar Donetsk membelasah Basel 4-1 untuk menyertai kelab Sepanyol itu ke peringkat empat pasukan terakhir dalam perlawanan awal pagi semalam.
Sevilla yang menjuarai kejohanan itu sebanyak lima kali, hanya mampu membuka tirai jaringan perlawanan dua minit sebelum tamat masa penuh hasil tandukan bijak pemain Argentina, Ocampos.