Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Juara Olimpik dua kali Kenya selamat pesawat terhempas

Dec 14, 2022 | 05:30 AM



NAIROBI: Juara Olimpik dua kali dari Kenya, David Rudisha, berkata beliau amat bernasib baik kerana selamat selepas pesawat yang dinaikinya terhempas di Selatan Kenya hujung minggu lalu.



Pemegang rekod dunia bagi acara lari 800 meter itu baru sahaja berangkat dari sebuah kawasan simpanan di Kenya, tempat Olimpik Maasai baru diadakan.



Kejohanan itu adalah satu siri pertandingan melibatkan belia Maasai.



Pesawat Rudisha mengalami masalah sejurus selepas berlepas dan juruterbang terpaksa membuat pendaratan kecemasan dan terhempas.



"Insiden itu amat menakutkan dan saya hanya boleh berdoa," kata beliau, yang daripada puak Maasai.



"Juruterbang bertindak dengan baik untuk memastikan pesawat boleh terus terbang dan stabil berapa lama yang boleh."



Rudisha, 33 tahun, salah seorang penaja Olimpik Maasai, yang dimulakan sekitar sedekad lalu bagi pemimpin masyarakat dan kumpulan bukan pemerintah Yayasan Big Life.



Matlamat utama usaha itu ialah memelihara jumlah singa di negara itu dan menggantikannya memburu, iaitu kegiatan tradisional Maasai, dengan acara sukan.



Seorang penumpang cedera dalam keadaan itu dan sedang dirawat di hospital, kata jurucakap Big Life.



Namun Rudisha, yang terlibat dalam satu kemalangan kereta serius pada 2019, tidak mengalami sebarang kecederaan ketara, kata beliau.



Rudisha memenangi pingat emas Olimpik pada 2012 dan 2016, dan kejuaraan dunia pada 2011 dan 2015.



Beliau mencatat rekod dunia 1 minit 40.91 saat bagi lari jarak 800m, di Olimpik London pada 2012. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >