Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA-S

Jumlah pemain import mungkin dikurang

Sep 30, 2017 | 05:30 AM



KUOTA bagi pemain import yang akan dibenarkan beraksi dalam Liga-S Great Eastern-Hyundai mungkin dikurangkan daripada empat pemain kepada tiga mulai musim depan.



Saranan itu juga adalah beberapa perubahan yang dikemukakan dalam usaha merombak semula liga profesional bola sepak setempat ini yang bermula .



Sumber yang dekat dengan pertandingan itu memberitahu akhbar The New Paper (TNP) bahawa dua daripada tiga pemain import yang dibenarkan beraksi itu juga mestikan berusia di bawah 21 tahun.



Musim ini, tujuh daripada sembilan pasukan - enam kelab setempat dan Brunei DPMM) - yang beraksi dalam Liga-S diberikan 'lampu hijau' untuk mendapatkan tiga pemain import. Selain itu enam kelab setempat itu juga boleh mendapatkan seorang lagi bakat import berusia di bawah 21 tahun bagi pasukan Liga Prime mereka.



Dua kelab lain - Albirex Niigata yang terdiri daripada pemain-pemain Jepun dan Garena Young Lions yang merupakan skuad pembangunan Singapura - tidak menampilkan sebarang pemain import.



Dua faktor penting dijangka menjadi pendorong ke atas perubahan ini.



Pertama ialah harapan melihat dua bakat import yang berusia di bawah 21 tahun itu beraksi untuk satu tempoh yang lama dalam Liga-S bagi membolehkan mereka layak memenuhi kriteria penduduk selama lima tahun yang ditetapkan Fifa - membolehkan mereka menyarungi jersi Singapura jika dipanggil skuad nasional dan ditawarkan kerakyatan di sini.



Kedua ialah bagi menghadapi kemungkinan kekurangan dana menyusuli laporan bahawa Lembaga Tote hanya akan menyalurkan separuh sahaja dana mulai tahun depan daripada jumlah $16 juta setahun yang diberikan sebelum ini.



Jika saranan ini dilaksananya, hampir pasti sebahagian besar pemain import yang beraksi dalam Liga-S tahun ini dijangka akan dilepaskan kelab masing-masing di penghujung musim ini.



Kini terdapat sehingga 21 pemain import yang didaftarkan pasukan masing-masing - yang datang daripada 12 negara termasuk Myanmar, Brazil, Chile, Argentina, Costa Rica, Perancis, Jepun, Canada dan Romania.



Di kalangan mereka berusia antara 22 dengan 32 tahun. Di kalangan 21 pemain import itu, hanya tiga pemain yang tiba di Singapura pada usia di bawah 21 tahun.



Beberapa jurulatih setempat yang dihubungi bagaimanapun kurang yakin dengan langkah memperkasa pasukan nasional dengan cara menyerapkan bakat-bakat import.



"Sejak beberapa tahun lalu, tahap pemain import dalam Liga-S tidak begitu baik, jadi bagi saya adalah lebih baik memberi peluang itu kepada pemain setempat," ujar jurulatih Geylang International, Md Noor Ali.



Jurulatih Home United, Aidil Sharin, pula berkata:



"Memang mudah untuk mendapatkan pemain-pemain import tetapi untuk mendapatkan pemain import berkualiti... itu persoalan yang lain.



"Rancangan ini mungkin baik untuk masa depan bola sepak Singapura tetapi bolehkah FAS (Persatuan Bola Sepak Singapura) memberi jaminan mereka akan kekal (di sini).



"Jika mereka beraksi dengan baik dalam Liga-S, mereka akan ditawarkan kontrak lebih besar (kelab di luar Singapura) dan tentunya akan menyahut cabaran baru itu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >