Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jurulatih asal Singapura, Aidil Sharin Sahak beri sumbangan buat pelajar tahfiz di Kedah

Jul 25, 2019 | 12:30 PM



ALOR SETAR: Seramai 20 pelajar tahfiz Intitut Al Quran Darul Aman (IQDAR), Yayasan Islam Negeri Kedah menerima sumbangan peribadi berjumlah RM10,000 (S$3,314) daripada Ketua Jurulatih Kedah asal Singapura, Aidil Sharin Sahak di pusat pengajian berkenaan semalam. 



Pelajar berkenaan terdiri daripada golongan asnaf dan anak yatim yang layak menerima sumbangan serta bantuan kewangan.



Menurut laporan media Malaysia, Aidil Sharin yang ditemui pada majlis doa dan bacaan Yasin dihadiri lebih 100 pelajar IQDAR itu melahirkan kesyukuran atas kejayaan skuadnya berada di kedudukan keempat Liga Super dan melangkah ke final Piala FA Sabtu ini. 



"Alhamdulillah saya bersyukur kerana hajat saya untuk memberi sumbangan pada pelajar asnaf dan anak yatim tahun ini di Kedah terlaksana.



"Saya juga ingin berterima kasih atas iringan doa dan bacaan Yasin semua pelajar di sini yang juga penyokong skuad Lang Merah yang mahukan Kedah menjuarai Piala FA musim ini.



"Semangat ditunjukkan pelajar tahfiz di sini sungguh luar biasa dan ini membangkitkan semangat saya dan pasukan dalam misi memburu kejuaraan Piala FA,” katanya.



Majlis ini juga dihadiri semua barisan kejurulatihan Kedah serta empat pemain iaitu Baddrol Bakhtiar, Zaquan Adha Abd Radzak, Shakir Hamzah dan Azzamudin Akil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >