RIO DE JANEIRO (Brazil): Brazil kelmarin memecat jurulatih kebangsaan, Dunga, selepas mereka tersingkir secara memalukan di peringkat kumpulan Copa Amerika.
Gabungan Bola Sepak Brazil (CBF) berkata dalam satu kenyataan bahawa ia memutuskan memecat Dunga dan "membubarkan kakitangan kejurulatihan pasukan nasional" ekoran kegagalan mereka yang terkini itu.