Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:36
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU CROATIA LAWAN ENGLAND

Jurulatih Croatia yakin pertahanan mampu 'kunci' Harry Kane

Jul 11, 2018 | 05:30 AM



MOSCOW: Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic, kelmarin melahirkan keyakinan melihat benteng pertahanan pasukannya dapat 'mengunci' penyerang England, Harry Kane, apabila kededua pasukan itu berentap dalam separuh akhir Piala Dunia di Stadium Luzhniki mulai 2 pagi esok (waktu Singapura).



Kane kini merupakan penjaring terbanyak di temasya bola sepak di Russia ini dengan enam gol sejauh ini tetapi Dalic melahirkan keyakinan dapat menghalang kapten England itu selepas menyaksikan bentengnya menafikan Lionel Messi (Argentina) dan Christian Eriksen (Denmark) di pusingan awal.



"Kami mempunyai keyakinan ke atas kekuatan pasukan kami," ujar jurulatih berusia 51 tahun itu.



"Kami tidak takut untuk menentang England... beliau (Kane) adalah penjaring terbanyak... dan bukan untuk disekat.



"Tetapi kami mempunyai pemain-pemain pertahanan yang handal. Sebelum ini mereka berjaya menyekat Messi dan Eriksen, jadi saya berharap mereka akan dapat menyekat Kane," tambah Dalic.



Keupayaan Croatia mengawasi Kane sepanjang pertarungan itu nanti bergantung kepada tahap kecergasan pemain bek kanannya, Sime Vrsaljko, yang kini dihambat kecederaan lutut.



Jika beliau gagal mengatasi kecederaannya itu, ia mungkin akan menyaksikan Vedran Corluka diturunkan di bek tengah - untuk digandingkan dengan Dejan Lovren - manakala posisi bek kanan itu akan diisi Domagoj Vida.



Dalic menambah bahawa beliau tidak melihat apa-apa kelemahan pada skuad muda Gareth Southgate menjelang separuh akhir yang menampilkan dua pasukan yang tidak dijangka mara sejauh itu sebelum kejohanan ini bermula bulan lalu.



"Saya tidak melihat apa-apa kelemahan yang ketara... mereka berjaya ke separuh akhir, jadi ia menggambarkan segala-galanya.



"Daripada yang disaksikan sejauh ini, mereka bermain secara terus... dan begitu pantas sekali. Mereka juga bagus dalam kedudukan set-piece dan pemain-pemain mereka yang tinggi begitu berbahaya sekali semasa sepakan sudut.



"Saya fikir Raheem Sterling merupakan antara pemain penting bagi mereka dan gandingannya dengan Kane begitu berbahaya sekali," ujar Dalic lagi.



Jurulatih itu tentu sekali akan mengharapkan kapten inspirasi, Luka Modric, meneruskan sentuhan ajaibnya bagi memperbaiki pencapaian terbaik mereka menduduki tempat ketiga di Piala Dunia 1998 - pencapaian cemerlang memandangkan ia adalah kali pertama Croatia menyertai kejohanan ini sebagai sebuah negara yang merdeka.



Beraksi dalam La Liga bersama Real Madrid, Modric akan disokong oleh barisan midfield kelas dunia yang dianggap sebagai paling kuat di Piala Dunia ini - dengan pemain-pemain seperti Ivan Rakitic (Barcelona) dan Ivan Perisic (Inter Milan).



Dengan Modric turut dipilih sebagai Pemain Terbaik dalam tiga daripada lima perlawanannya sejauh ini, England memikul tugas berat mengawasi setiap gerakannya.



Croatia turut mengancam di barisan hadapan dengan penyerang Mario Mandzukic (Juventus) dan Andrej Kramaric (Hoffenheim) memikul tugas mendapatkan gol-gol pasukan.



Dalic melahirkan harapan melihat skuadnya yang berbakat ini memperbaiki pencapaian pasukan negaranya pada 1998 itu.



"Kami mempunyai kenangan indah di (Piala Dunia 1998 di ) Perancis... para pemain mencatatkan sesuatu yang hebat.



"Kami mahu cuba mengulangi pencapaian itu sekalipun ia mungkin sukar," Dalic menambah. - AFP, Reuters.




JADUAL



Croatia lwn England

Singtel TV Sal 141 & StarHub TV Sal 222, 2 pagi esok




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >