Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jurulatih dari S’pura Akbar Nawas pimpin Chennai City juarai liga bola sepak utama di India

Mar 10, 2019 | 07:30 PM



 



 



Bekas jurulatih Tampines Rovers Akbar Nawas telah mencipta sejarah sebagai jurulatih bola sepak pertama dari Singapura yang memimpin pasukan menjuarai liga profesional di luar Asia Tenggara.



Pasukannya Chennai City, menjuarai I-League - salah satu daripada dua liga utama di India - pada Sabtu (9 Mac), selepas menewaskan Minerva 3-1 di Stadium Jawaharlal Nehri di Tamil Nadu.



Akbar, 43 tahun, yang pernah memimpin Global FC di Filipina, dibantu oleh seorang lagi warga Singapura, bekas jurulatih Hougang United K. Balagumaran, 54 tahun.



Menurut akhbar The Straits Times, pasangan itu adalah yang jurulatih pertama dari Singapura yang memenangi kejuaraan liga profesional di luar Asia Tenggara.



Bercakap kepada ST, Akbar berkata:



“Saya berasa begitu berpuas hati, selepas menyahut cabaran mengambil alih kepimpinan pasukan yang hampir tercicir ke liga lebih rendah, dan memimpinnya ke puncak liga dalam tempoh setahun.”



Chennai City mengatasi jangkaan untuk menjaringkan 48 gol dalam 20 perlawanan, dan mendahului liga dari perlawanan ketiga musim ini. Sejumlah 11 pasukan bersaing dalam liga ini.



Malah, media di India, seperti akhbar The Times of India memuji Chennai City sebagai pasukan yang terlalu gagah yang menyajikan cara permainan yang menarik.  



Kemenangan ini bermakna Chennai City melayakkan diri ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >