RENANG
Jurulatih negara yakin S'pura mampu catat prestasi lebih baik
Jul 16, 2017 | 05:30 AM
BARU dua tahun Stephan Widmer menjawat peranan sebagai ketua jurulatih dan pengarah prestasi negara baru di Persatuan Renang Singapura (SSA), warga Australia itu sudah menetapkan cita-citanya untuk negara ini.
Singapura memenangi pingat emas Olimpik pertamanya di Rio tahun lalu tetapi Widmer, 50 tahun, percaya negara ini mampu meneruskan prestasi cemerlang bagi mencapai lebih banyak lagi.