Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jurulatih veteran balapan didapati salah cabul kehormatan atlet remaja

Jun 03, 2020 | 03:00 PM



JURULATIH balapan dan lapangan veteran, Loh Siang Piow, hari ini didapati bersalah atas dua tuduhan mencabul kehormatan seorang atlet remaja di bawah jagaannya pada 2013.



Perbicaraan, yang bermula lebih tiga tahun yang lalu memasuki hari ke-30 di Mahkamah Negara, berakhir dengan Hakim Daerah Marvin Bay menyampaikan penghakimannya.



Loh, 75 tahun, yang lebih dikenali dalam arena sukan sebagai Loh Chan Pew, didakwa menggunakan kekerasan terhadap atlet wanita yang ketika itu berusia 18 tahun dengan menggosok alat kelaminnya dua kali sambil mengurut bahagian belakang paha mangsa.



Kedua-dua kejadian itu dikatakan berlaku di Stadium Tampines lama pada dua hari Ahad antara Januari dan 17 Mac 2013.



Loh, bekas naib presiden Atletik Singapura, yang mentadbir sukan di Singapura, menghadapi perbicaraan bagi salah seorang daripada dua mangsa, dengan tiga lagi tuduhan yang melibatkan penuduh lain, yang berusia 16 tahun, menolak.



Kedua-dua mangsa yang mengemukakan tuduhan tidak dapat disebutkan namanya atas perintah mahkamah.



Loh, bekas pelari pecut nasional semasa menjadi jurulatih telah melatih ramai atlet kebangsaan dan sebelum ini bertugas sebagai timbalan superintendan penjara.



Dia akan kembali ke mahkamah pada 26 Jun untuk menghadapi hukuman. 



Atas kesalahannya, dia boleh dipenjara hingga dua tahun dan/atau didenda. 



Dia tidak boleh dirotan kerana berumur lebih dari 50 tahun. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >