JUARA Serie A, Juventus, akan mempamerkan kehebatan mereka sebagai pasukan paling berjaya di Italy dengan berdepan pasukan Pilihan Singapura di Stadium Negara baru pada 16 Ogos ini.
Pihak penganjur perlawanan berkata Juventus, pasukan pimpinan jurulatih Antonio Conte yang mencatat rekod baru liga Italy dengan meraih 102 mata, akan berdepan pasukan pilihan yang terdiri daripada pemain pasukan nasional Singapura dan pemain import Liga-S, di stadium yang terletak di Hab Sukan itu.