JUVENTUS bertandang ke Real Madrid bagi perlawanan timbal balas separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah berbekal kelebihan satu gol selepas ia menewaskan kelab Sepanyol itu 2-1 di tempat sendiri dini hari Rabu.
Bekas pemain Real Alvro Morata menyumbat gol pertama bagi Juventus pada minit kelapan sebelum Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan 20 minit kemudian.
Namun Carlos Tevez menyumbat gol kedua dan kemenangan di awal babak kedua bagi menjamin kemenangan bagi Juventus, yang mara setapak lagi ke arah final Liga Juara-Juara pertama sejak 2003.