Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SAJIAN KHAS HARI INI: BERSAMA LEGENDA SUKAN

Kalau United antara 4 kelab teratas, Rangnick berjaya musim ini

Empat bekas bintang Man U beri pandangan dalam sesi penstriman live buat peminat
Dec 03, 2021 | 05:30 AM



MENDUDUK antara empat tempat teratas Liga Perdana England (EPL) akan menentukan apakah pengurus sementara baru Manchester United, Ralf Rangnick, boleh dikira berjaya musim ini.



Demikian pandangan bekas kapten United, Gary Neville.



Ini kerana The Red Devils memulakan musim ini dengan hambar - hanya menang lima daripada 13 perlawanan liga sejauh ini. Kelab yang memenangi paling banyak kejuaraan liga England itu kini berada di tangga bukan lazim baginya - kelapan.



Prestasi teruk United menyebabkan pengurus Ole Gunnar Solskjaer dipecat minggu lalu dan digantikan oleh Rangnick, 63 tahun, hingga hujung musim ini, sebelum beliau menggalas peranan pakar runding dua tahun seterusnya.



"Yang dianggap realistik musim ini ialah United kembali menduduki tangga dalam kelompok empat pasukan teratas. Mereka mempunyai permulaan musim teruk dan pengurus mereka dipecat," kata Gary, ketika bercakap dari England dalam satu sesi penstriman live buat peminat anjuran platform bola sepak digital ZujuGP kelmarin.



ZujuGP sebuah syarikat yang diasaskan usahawan Peter Lim dan anak lelakinya, Kiat Lim. Platformnya itu bertujuan menghubungkan peminat dan orang dalam industri bola sepak.



"Bagi Rangnick, mengakhiri musim dalam kelompok empat pasukan teratas boleh dianggap musim yang berjaya. Sekiranya kami menang Piala FA, ia luar biasa. Tapi, dia harus serta-merta mencari cara membangkitkan semula pemain yang sepanjang dua hingga tiga bulan ini kelihatan sudah hilang semangat dan tidak bersatu," tambah Gary, 46 tahun.



Turut serta dalam sesi itu ialah bekas rakan sepasukan United Phil Neville, yang berada di Miami, Amerika Syarikat, dan Nicky Butt serta Ryan Giggs, yang kedua-duanya berada di Singapura bagi menyertai beberapa acara anjuran ZujuGP.



Namun, Gary juga berasa tugas itu mungkin berat bagi Rangnick, yang kali pertama menguruskan kelab di luar negaranya, Jerman.



"Ternyata jawatan di United ini adalah yang paling besar pernah ddigalas Ralf Rangnick dalam kerjayanya, lebih-lebih lagi dia datang dari negara lain. Kita tahu dia hebat dalam membangun kelab di Jerman, tapi kita harus tunggu dan lihat apakah Ralf dapat mempengaruhi kelab ini.



"Dia berpengalaman tapi dia perlukan masa untuk mengubah kekurangan budaya yang ada dalam kelab ini dan menjadikan ia kelab paling berjaya semula," ulas Gary.



Adiknya Phil, 44 tahun, yang tampil 263 kali bagi United, berkata masa mungkin tidak menyebelahi Rangnick, yang diharap menghasilkan keputusan baik serta-merta.



"Pengurusan di zaman moden ialah mengenai menghasilkan keputusan baik serta-merta dan anda tidak diberi banyak masa. Jadi, era pengurus seperti Sir Alex Ferguson dan Arsene Wenger yang bertahan 25 hingga 30 tahun sudah tiada lagi sebab orang ramai kini minta perubahan dan kejayaan serta-merta," ujarnya.



Dalam sesi lebih 40 minit itu, empat pemain daripada kelas tahun 1992 United itu juga mengimbau kembali bagaimana pemain senior seperti Steve Bruce, Bryan Robson, Mark Hughes dan Peter Schmeichel memainkan peranan dalam kerjaya awal mereka.



Tokoh berpengaruh seperti mereka tidak ada dalam skuad United sekarang, kata Gary, sekalipun dengan kepulangan Cristiano Ronaldo di Old Trafford dan Raphael Varane dibeli daripada Real Madrid musim ini.



Gary berkata pemain senior United tidak sekuat Jordan Henderson dan Virgil van Dijk daripada Liverpoo , dan pemain senior Chelsea, Jorginho dan Thiago Silva.



Beliau juga berharap Rangnick dapat menyelesaikan masalah di midfield United, yang lemah dan kerap berubah pemain.



"Saya tidak tahu bagaimana anda boleh membeli seorang pemain sebanyak £40 juta (S$73 juta) tapi tidak ada satu rancangan. Layanan terhadap Donny van de Beek membingungkan dan kadangkala bersikap tidak hormat.



"Midfield tengah satu perkara sukar bagi Man United - mereka mempunyai McTominay, (Nemanja) Matic, Fred, van de Beek, (Paul) Pogba, yang semuanya berganti-ganti beraksi sepanjang dua tahun lalu.



"Saya ingin melihat bagaimana Rangnick mengurus bahagian tengah kerana dia bermain gaya mengasak, proaktif dalam memastikan pemain menyerang dengan bertahan dalam kawasan lawan, jauh dari gawang mereka sendiri," ujar Gary.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >