Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kali ini tiada 'keajaiban' daripada Izwan, Arsenal atasi Pilihan Singapura 4-0

Jul 15, 2015 | 10:41 PM



KALI ini tiada 'keajaiban' daripada penjaga gawang nasional, Izwan Mahbud, apabila gawangnya dibolosi empat gol semasa kekalahan pasukan Pilihan Singapura kepada Arsenal dalam satu pertarungan Trofi Asia Barclays yang berakhir di Stadium Negara baru-baru ini (15 Julai).


Kecemerlangan penyerang muda, Chuba Akpom, yang mencatatkan hatrik memastikan tiada ulangan persembahan luar biasa Izwan seperti ketika beliau menafikan Jepun yang terpaksa berpuas hati dengan keputusan 0-0 dalam satu perlawanan Kelayakan Piala Dunia baru-baru ini.


Penyerang berusia 19 tahun itu membuka tirai jaringan bagi kelab gergasi Liga Perdana England (EPL) itu pada minit ke-30 selepas yang mendapat umpanan Alex Iwobi hasil gerakan pantas yang dimulakan oleh pemain antarabangsa England, Alex Oxlade-Chamberlain.


Izwan terpedaya buat kali kedua - kali ini melalui sepakan penalti - apabila Mathieu Debuchy dijatuhkan oleh Sirina Camara, salah seorang daripada empat pemain import yang beraksi di Liga-S dalam skuad Pilihan Singapura ini pimpinan V.Sundramoorthy.


Jack Wilshere memperdayakan Izwan untuk melebarkan jurang kemenangan Arsenal pada minit ke-60 sebelum Akpom menambah dua lagi gol dalam tempoh empat minit - gol keduanya dan ketiga Arsenal itu juga menerusi penalti selepas Izwan menjatuhkan Jon-Miquel Toral - untuk menjamin kemenangan pasukan pimpinan Arsene Wenger itu.


Kejohanan ini - kali pertama dianjurkan di Singapura - turut menyaksikan Stadium Negara yang serba baru di Kallang 'berubah wajah' menjadi mirip versi replika Stadium Emirate kepunyaan Arsenal dengan para penyokong kelab gergasi EPL itu daripada serata dunia - bukan sahaja anggota kelab penyokongnya di Singapura, malah dari Australia, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Hongkong, bersatu suara menyorak pasukan kegemaran mereka itu.


Kemenangan ini meletakkan Arsenal di final Trofi Asia Barclaysi ini di mana mereka akan menentang Everton yang awal daripada itu menewaskan Stoke City melalui penalti 5-4.


Pertarungan akhir akan berlangsung pada Sabtu ini mulai 8.30 malam manakala perlawanan merebut tempat ketiga yang bermula 6 petang akan menyaksikan pertarungan antara Stoke dengan Pilihan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >