Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'Kampung Sukan' serba lengkap di Sukan Para Asean 2015

Nov 28, 2015 | 07:45 PM



KONTINJEN 3,000 atlit dan pegawai serantau boleh menjangka layanan dan peralatan serba lengkap di Kampung Sukan sepanjang Sukan Para Asean (APG) 2015 dari 3-9 Disember ini.


Bertempat di Marina Bay Sands, Kampung Sukan ini bukan sahaja menjadi tempat penginapan atlit dan pegawai, malah bakal menganjurkan empat acara - Goalball, Bola Sepak 5 Sepasuk, Angkat Berat dan Kapal Layar - dan tempat bekerja bagi pegawai.


Sebanyak 1,300 bilik di Hotel Marina Bay Sands diperuntuk bagi penginapan atlit dan pegawai, dengan 390 bilik diubahsuai bagi menyediakan pengalaman terbaik bagi kegunaan atlit dan pegawai kurang upaya.


Sebagai contoh, kepala paip di bilik mandi telah dipasangkan dengan hos lebih panjang. Dewan makan atlit, dewan pertandingan dan dewan pengangkuta juga disediakan di lantai sama.


Kolam renang, gimnasium dan pusat perniagaan juga dibuka bagi kegunaan atlit dan pegawai.


Pusat Perubatan Sukan turut disediakan.


Ketua khidmat pelanggan di Jawatankuasa Penganjur APG Singapura (SAPGOC) Rostam Umar berkata:


"Kami sedang di penghujung proses persiapan dan gembira dengan apa yang telah disediakan di Kampung Sukan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >