Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022

Kane cetus kemenangan England di Tirana

Mar 30, 2021 | 05:30 AM



LONDON: England memelihara permulaan sempurna dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dengan menewaskan Albania 0-2 semalam di Tirana, Albania.



Meskipun Albania bertahan lebih baik berbanding San Marino yang dibelasah 5-0 di Wembley beberapa hari lalu, England berjaya menguasai perlawanan, meskipun Myrto Uzuni mengancam untuk membuka tirai jaringan bagi pasukan tuan rumah di awal perlawanan.



Akhirnya, pasukan pimpinan Gareth Southgate itu muncul pemenang seperti yang dijangka dalam perlawanan dengan pasukan yang menduduki tangga ke-66 di dunia.



Sekali lagi, kapten Harry Kane memimpin dengan cara yang tercontoh, menjaringkan gol ke-33 bagi pasukan nasional tujuh minit sebelum waktu rehat.



Beliau menanduk dengan akrobatik umpanan lintang Luke Shaw, untuk memastikan England mendahului lawan di akhir separuh masa pertama.



Separuh masa kedua bermula dengan corak yang sama, dengan England terus menguasai perlawanan.



Mason Mount, yang telah menunjukkan prestasi memberangsangkan musim ini akhirnya menggandakan jaringan pada minit ke-63, selepas penjaga gawang Albania Etrit Berisha menyelamatkan beberapa percubaan gol pasti, termasuk rembatan Phil Foden yang ditampar ke palang gol.



Kane juga hampir menjaringkan gol peribadi kedua tetapi percubaannya dari jarak dekat tersasar.



Kemenangan itu bermakna England melanjutkan rekod tanpa kalah dalam kelayakan Piala Dunia kepada 23 perlawanan.



Namun ia berdepan cabaran paling genting esok, apabila Poland bertandang ke Wembley.



Poland, yang menduduki tangga kedua di belakang England dalam Kumpulan I turut menang semalam.



Dua gol daripada 'jentera gol' Robert Lewandowski membantunya mengatasi Andorra tiga mata.



Dalam pada itu, dua pasukan gergasi Eropah Sepanyol dan Jerman juga menang perlawanan masing-masing.



Sepanyol ,yang seri 1-1 dengan Greece dalam perlawanan pertama, terkial-kial menjaringkan gol a dan memerlukan gol dalam masa kecederaan untuk menewaskan Georgia 1-2.



Ia ketinggalan satu gol di waktu rehat selepas Khvicha Kvaratskhelia membuka tirai jaringan bagi Georgia dalam separuh masa pertama.



Namun, gol-gol daripada Ferran Torres, yang menyarung jersi Manchester City dalam Liga Perdana England (EPL) dan Olmo dalam separuh masa kedua membantu Sepanyol memelihara rekod tidak pernah kalah 28 tahun dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.



Jerman juga bergelut untuk menjaringkan gol di Bucharest, dengan gol tunggal Serge Gnabry memisahkannya dengan Romania di akhir perlawanan Kumpulan J itu.



Gnabry, yang beraksi dalam Bundesliga bagi Bayern Munich, menjaringkan gol tersebut pada minit ke-16, menyambar kemas hantaran dari pemain midfield Chelsea Kai Havertz yang juga menyerlah dalam perlawanan itu.



Kemenangan itu bermakna Jerman mempunyai enam mata daripada enam perlawanan dan kini mendahului kumpulan berdasarkan perbezaan gol. Armenia, yang juga telah memenangi kededua perlawanan pertama berada di tempat kedua. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >