Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Kane jaring hatrik bantu Tottenham benam Fulham dalam piala FA

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Kane jaring hatrik bantu Tottenham benam Fulham dalam piala FA

Feb 20, 2017 | 08:37 AM

LONDON - Harry Kane menyumbatkan hatrik bagi pasukannya Tottenham Hotspur dalam Piala FA pusingan kelima menumpaskan Fulham 3-0 Craven Cottage.

Penyerang England itu menyumbat satu gol di separuh pertama dan dua lagi selepas masa rehat untuk mara ke suku akhir.

Dibayangi dua kekalahan berturut-turut tangan Leicester dan Burnley dan bimbang satu lagi kekalahan mengejut, Tottenham mempamerkan persembahan baik dengan menguasai permainan.

Menurunkan pasukan kuat dengan pemain pertahanan Jan Vertonghen kembali bermain setelah mengalami kecederaan, membuka jaringan pada minit ke-16 selepas menerima tendangan silang Christian Eriksen.

Beliau menambah gol Tottenham pada minit ke-51, juga hasil bantuan Eriksen, dan melengkapkan jaringan hatrik pada minit ke-73 selepas menyambut hantaran Dele Alli dan merembat bola melewati penjaga gawang Fulham, Marcus Bettinelli.

Tottenham, yang masih memburu Piala FA buat kali pertama sejak 1991, akan menemui Manchester United di peringkat suku akhir. - (Reuters)

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3