MOSCOW: Kapten dan bintang penyerang England, Harry Kane, tidak dapat membendung kekecewaannya selepas kekalahan 1-2 England dalam masa tambahan kepada Croatia dalam separuh akhir Piala Dunia di sini dinihari semalam.
"Kami kecewa sekali... ia begitu menyakitkan... begitu sakit rasanya," ujar penyerang azimat Tottenham Hotspur itu di akhir pertarungan di Stadium Luzhniki, Moscow.