Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Kane rehat beberapa minggu alami kecederaan

Jan 30, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Harry Kane mungkin perlu berehat untuk "beberapa minggu" setelah cedera di kededua buku lali dalam kekalahan di tangan Liverpool, kata pengurus Tottenham Hotspurs, Jose Mourinho.



Penyerang berusia 27 tahun itu perlu menerima rawatan bagi buku lali kirinya setelah dikasari kapten Liverpool, Jordan Henderson.



Awal sebelum itu, Kane memerlukan rawatan kepada buku lali kanannya menyusuli satu lagi kekasaran, kini oleh pemain midfield Reds, Thiago Alcantara.



Kane, yang juga merupakan kapten England, mempunyai sejarah kecederaan pada buku lalinya dan telah terlepas beraksi untuk tempoh beberapa bulan sebelum ini kerana kecederaan tersebut. Dalam perlawanan menentang Liverpool itu, beliau digantikan oleh Erik Lamela pada waktu rehat.



"Kecederaan kedua lebih teruk dari yang pertama," kata Mourinho.



"Dengan satu kecederaan, beliau masih boleh lagi bermain. Tetapi dengan kededua buku lalinya cedera, ia adalah mustahil," ujar beliau lagi.



Mengulas kekalahan 1-3 pasukannya itu padang sendiri, Mourinho berkata:



"Hakikatnya ada sesetengah pemain yang tidak boleh diganti. Tapi sejujurnya apabila perkara sedemikian berlaku kami perlu berjuang bukan mengeluh."



Sebelum ini, Kane pernah terlepas berkasi bagi sebahagian besar musim 2018/19 dan begitu juga pada musim 2017/2018.



"Kami hanya boleh berharap ia bukan kecederaan serius kerana beliau adalah penting kepada Spurs," kata bekas pemain pertahanan Tottenham, Stephen Kelly.



"Bukan sahaja gol yang dijaringkan, tetapi sumbangan lain termasuk merintis peluang jaringan. Beliau pemain lengkap dan amat-amat penting untuk Spurs. Jose tidak mampu kehilangan Kane," tambahnya lagi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >