Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Kane tak mahu menyesal, mahu tinggalkan Spurs

May 22, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Penyerang Tottenham Hotspurs Harry Kane berkata beliau berharap dapat mengadakan "perbincangan baik dan jujur" bersama pengerusi kelab itu Daniel Levy mengenai masa depannya.



Beberapa laporan minggu ini mendakwa kapten pasukan England berusia 27 tahun itu mempunyai persetujuan tidak tertulis untuk meninggalkan kelab itu dan beliau bahkan telah meminta Spurs melepaskannya.



Bercakap dalam rancangan The Overlap bersama Gary Neville, Kane berkata beliau tidak mahu mengakhiri kerjayanya dengan "penyesalan".



"Pastinya perbincangan bersama kelab akan diadakan," kata Kane.



"Ini adalah detik dalam kerjaya saya yang saya harus fikirkan dan melihat di mana saya berada dan mengadakan perbualan baik dan jujur dengan pengerusi kelab.



"Sebagai pemain, anda tidak tahu apa yang difikirkan pengerusi. Beliau mungkin ingin menjual saya. Beliau mungkin berfikir, 'Jika saya dapat £100 juta, mengapa tidak?'.



"Nilai saya tidak akan mencecah jumlah itu dalam masa dua atau tiga tahun akan datang."



Kane, yang menandatangani perjanjian enam tahun bersama Spurs hingga 2024, terus ketiadaan trofi selepas kelab itu tewas perlawanan akhir Piala Carabao kepada Manchester City April lalu.



Kekalahan di tangan Aston Villa Rabu lalu menyaksikan kelab itu kini menduduki tangga ketujuh Liga Perdana England (EPL), dengan baki satu perlawanan sebelum tirai musim ini berakhir.



Jika Spurs berjaya mengekalkan kedudukan itu, mereka layak bersaing dalam pusingan play-off Liga Persidangan Europa yang baru musim depan.



Kane berkata: "Saya yakin bahawa (Levy) ingin menetapkan rancangannya sendiri, namun akhirnya, saya yang harus menentukan masa depan saya sendiri dan apa yang terbaik untuk saya serta kerjaya saya pada detik ini.



"Saya tidak mahu ada sebarang penyesalan pada penghujung kerjaya saya. Saya mahu menjadi yang terbaik yang saya boleh capai.



"Saya pernah berkata sebelum ini, saya tidak mungkin kekal di Spurs sepanjang kerjaya saya. Pada masa sama saya juga tidak pernah berkata bahawa saya akan meninggalkan Spurs."



Spurs, yang kini dikendalikan oleh pengurus sementara Ryan Mason berikutan pemecatan Jose Mourinho, perlu menewaskan Leicester City, yang sedang bersaing untuk mendapatkan tempat di Liga Juara-Juara musim depan, sambil berharap West Ham tewas kepada Southampton sekiranya mereka mahu layak ke Liga Europa.



Spurs juga tewas pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 2019, dan gagal menjulang trofi sejak Piala Liga 2008.



Sebelum perlawanan menentang Villa, Levy akur bahawa kelab itu "gagal mengutamakan beberapa perkara penting" semasa pembinaan stadium baru dan ketika mengharungi pandemik Covid-19.



Kane menambah: "Saya berada di tahap di mana orang mungkin melihatnya sebagai, 'beliau dahagakan trofi, beliau memerlukan trofi'.



"Saya rasa saya boleh menjadi lebih baik berbanding apa yang saya berdaya tawarkan sekarang.



"Saya tidak takut untuk berkata bahawa saya mahu menjadi yang terbaik. Saya mahu mencapai tahap Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.



"Musim ini saya di rumah menonton Liga Juara-Juara, menyaksikan pasukan Inggeris melakukan perkara luar biasa. Saya mahu libatkan diri saya dengan pertandingan ini.".



Beliau merujuk kepada Manchester City dan Chelsea melayakkan diri ke final Liga Juara-Juara musim ini. - Agensi berita.




Saya tidak takut untuk berkata bahawa saya mahu menjadi yang terbaik. Saya mahu mencapai tahap Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
- Harry Kane, penyerang Totenham Hotspurs dan kapten England.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >