Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Kane tidak beraksi lagi bagi Spurs

Aug 20, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Harry Kane tidak beraksi bagi Tottenham Hotspur dalam play-off pertama Liga Persidangan Eropah menentang Pacos de Ferreira pagi tadi.



Kapten England itu, yang ingin meninggalkan kelab itu, tidak bersama pasukan yang berangkat ke Portugal kelmarin bagi perlawanan tersebut.



Kane, 28 tahun, juga tidak bermain semasa Spurs menewaskan Manchester City - pasukan yang ingin membelinya - 1-0 Sabtu lalu



Beliau menyertai latihan Spurs lebih lewat daripada pemain lain kerana bercuti di Amerika Syarikat selepas mewakili England di Kejohanan Eropah (Euro) 2020.



"Beliau sedang berusaha mempertingkat kecergasannya," kata pengurus Spurs Nuno Espirito Santo.



"Beliau berlatih setiap hari dan akan menyertai latihan pasukan bagi perlawanan Liga Perdana England (EPL) menentang Wolves. Selepas itu, keputusan akan dibuat apakah beliau boleh menyertai pasukan bagi perlawanan itu."



Nuno berkata tiada pemain dalam kesebelasan pertama yang menewaskan City akan disertakan bagi perlawanan Pacos de Ferreira, yang mengakhiri musim lalu di tangga kelima liga Portugal.



Pemenang pusingan dua perlawanan itu akan ke pusingan kumpulan dalam pertandingan baru antara kelab di Eropah itu, yang dianggap tiga tangga lebih rendah daripada Liga Juara-Juara Eropah. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >