Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kapal layar Mission Performance belayar dari Australia ke S'pura

Jan 14, 2014 | 12:53 PM



KRU kapal layar Mission Performance, termasuk warga Singapura Kong Chian Toh telah memulakan pelayaran 7,000 batu (11,300 km) dari Brisbane, Australia ke Qingdao China semalam yang dijangka memakan masa lapan minggu.


Kapal layar 12 anggota itu dijangka singgah di Singapura selama seminggu bermula 8 Februari nanti sebelum meneruskan perjalanannya ke Qingdao.


Perlumbaan itu adalah yang kelapan dalam Perlumbaan Sedunia Clipper yang bermula September lalu di London dan dijangka tamat di sana Julai nanti.


Menurut Kong, beliau tidak sabar untuk pulang ke Singapura untuk bertemu rakan dan saudara-mara.


"Saya ghairah dan percaya pengalaman ini begitu berharga," kata Kong, seorang eksekutif penjagaan kesihatan.


Dimulakan dalam 1996, Perlumbaan Clipper merangkumi 12 kapal layar yang berlumba 40,000 batu untuk merentas enam benua dalam tempoh sekitar setahun.


Paling istimewa, sesiapa sahaja diundang untuk menyertai perlumbaan sebagai kru, tanpa mengambil kira pengalaman belayar atau latar belakang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >