Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Kapten Liverpool gesa pemain kulit putih...Ayuh! Bersuara menentang perkauman!

May 30, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pemain bola sepak kulit putih harus bersuara menentang perkauman untuk menunjukkan sokongan terhadap rakan seangkatan, kata kapten Liverpool Jordan Henderson.



Kelab-kelab bola sepak dan beberapa pemain, baru-baru ini bergabung dengan beberapa atlet sukan lain untuk memboikot media sosial demi mengetengahkan perjuangan menentang perkauman, terutama dalam talian.



Henderson berkata beliau menganggapnya sebagai tanggungjawab peribadi untuk tampil dan membantu mereka yang dianiaya dalam talian.



"Saya tidak rasa hanya pemain kulit hitam yang harus bercakap mengenai keadilan dan perkauman,'' ujar Henderson, yang sebelum ini menyifatkan perkauman sebagai serangan menggunakan kata-kata dan menggesa wadah media sosial bertindak terhadap pengguna yang menyiarkan bahan perkauman.



Bercakap dalam wawancara dengan 'BBC Radio 5 Live', Henderson, 30 tahun, berkata:



"Pemain kulit putih perlu menunjukkan sokongan mereka juga, kerana ia suatu perkara yang tidak sewajarnya berlaku.



"Adalah sukar untuk saya telan penganiayaan dan penghinaan yang dilontar terhadap rakan sepasukan di Liverpool dan England dan juga di kelab lain.



"Saya rasa jika saya boleh menggunakan pengaruh saya untuk mengorak perubahan dan membantu mereka, saya harus berbuat demikian bersungguh-sungguh," ujar Henderson.



Pemain kulit hitam dan pemain minoriti lain dari semua peringkat bola sepak telah menjadi sasaran kata-kata berbaur perkauman di media sosial.



Lapan orang lelaki telah ditangkap dan disiasat selepas seorang pemain Tottenham Hotspur dikecam menggunakan kata-kata berbaur perkauman dalam talian pada Ogos lalu.



Lebih awal dari itu, Manchester United telah menggantung enam penyokong daripada menonton perlawanan mereka di Old Trafford, selepas Chelsea juga menggantung seorang penyokong yang menggunakan kata-kata menghina.



Henderson berkata kata-kata berbaur perkauman kini lebih ketara di media sosial kerana orang yang menulisnya tidak dipertanggungjawabkan.



"Ia seolah-olah keadaan di mana seseorang begitu berani mengutarakan kata-kata perkauman dalam talian, meskipun biasanya beliau tidak berkata demikian apabila bersemuka dengan orang yang sama.



"Kebanyakan orang sedemikian hanya menulis hujah yang menghina atau menganiaya kaum lain kerana mereka tidak akan dipertanggungjawabkan atau dikenakan hukuman kerana perbuatan itu," kata Henderson.



"Sebaliknya, mereka hanya menantikan reaksi terhadap kata-kata mereka itu dan tidak sedar kesan kata-kata mereka itu kepada individu yang menjadi mangsa."



Henderson berkata beliau tergerak untuk tidak menggunakan media sosial lagi tetapi berkata contoh yang ditunjukkan oleh pemain Manchester United Marcus Rashford di media sosial membuat beliau supaya tidak berbuat demikian.



Rashford, yang juga rakan sepasukan Henderson dalam pasukan England, telah menggunakan media sosial untuk menampilkan masalah kemiskinan dan kurang makanan di kalangan kanak-kanak di negara itu, yang menyebabkan pemerintah mengubah dasarnya.



Buat masa ini, Henderson sedang bekerjasama dengan badan kebajikan dalam talian 'CyberSmile' yang berkongsi kisah perkauman dan pembulian dalam talian.



"Saya rasa, kita boleh menangani masalah ini tanpa banyak kerumitan apabila ia disasarkan kepada kita sebagai individu. Tapi apabila keluarga dan saudara-mara lain turut dijadikan sasaran, keadaan menjadi lebih rumit," kata Henderson, yang juga menganggotai kumpulan yang dibentuk pemain England, Scotland, Wales dan Ireland Utara bagi menentang pembulian dalam talian menerusi projek 'Hope United'. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >