SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kapten Sepanyol sah Covid-19

Kapten Sepanyol sah Covid-19

Jun 8, 2021 | 5:30 AM

Kapten Sepanyol sah Covid-19

TAMPARAN HEBAT: Persiapan Sepanyol bagi Kejohanan Eropah (Euro) 2020 kini genjot apabila kapten pasukan Sergio Busquets (kiri) disahkan positif Covid-19 dan terpaksa meninggalkan kem latihan. - Foto EPA-EFE
TAMPARAN HEBAT: Persiapan Sepanyol bagi Kejohanan Eropah (Euro) 2020 kini genjot apabila kapten pasukan Sergio Busquets (kiri) disahkan positif Covid-19 dan terpaksa meninggalkan kem latihan. - Foto EPA-EFE -

MADRID: Sergio Busquets telah meninggalkan kem latihan Sepanyol hanya beberapa hari sebelum Kejohanan Eropah (Euro) 2020 bermula, selepas diuji positif bagi Covid-19, kata Persekutuan Persatuan Bola Sepak (RFEF) negara itu.

Dalam kenyataannya, RFEF berkata kapten Sepanyol Busquet, 32 tahun, telah diuji positif kelmarin, dan beliau adalah satu-satunya pemain dalam skuad Euro Sepanyol yang diuji positif.

Menambah, RFEF berkata pemain dan kakitangan lain yang telah berhubungan rapat dengan Busquets, yang beraksi bagi Barcelona dalam La Liga, akan terus diasingkan sebagai langkah pencegahan.

Skuad Sepanyol pula akan menjalani program latihan individu menjelang Euro, yang akan bermula Jumaat ini.

Perlawanan pertama Sepanyol di Euro 2020 adalah dengan Sweden pada 14 Jun dan jurulatih Luis Enrique dibenarkan masa sehingga Sabtu untuk membuat perubahan terhadap skuad menjelang perlawanan pembukaan di Seville itu.

"Langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang sewajarnya akan diterokai dan diambil mengikut keadaan berhubung kapten pasukan nasional," kata RFEF.

Busquets telah beraksi lebih 120 kali bagi Sepanyol dan membantu negaranya memenangi Piala Dunia 2010 dan Euro 2012.

Beliau juga telah memenangi lapan kejuaraan La Liga dan tiga Liga Juara-Juara Eropah dengan Barcelona, serta beberapa lagi trofi utama. - Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg