Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU LIGA PERDANA SINGAPURA

Kapten Zulfahmi lebih mantap selepas beraksi di Liga Thai

May 05, 2019 | 05:30 AM



PENGALAMAN mematangkan dirinya.



Selepas setahun mencuba nasib di perantauan, Zulfahmi Arifin kembali ke tanah air dengan pengalaman yang berharga.



Peluang beraksi bersama kelab Liga Thailand, Chonburi FC, tahun lalu tidak disia-siakannya.



Mengongsi tentang pengalaman tersebut, Zulfahmi berkata:



"Apa yang telah saya perolehi dari Thailand amat bermanfaat. Keadaannya sukar kerana saya perlu 'berjuang' setiap minggu dengan pemain asing yang lain untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.



"Setiap hari saya perlu menunjukkan prestasi terbaik dan saya letakkan tekanan yang tinggi kepada diri saya untuk bermain lebih baik berbanding pemain setempat.



"Jadi saya kerap bekerja keras, berlatih lebih daripada yang perlu dan fokus 100 peratus kepada bola sepak. Ia menjadikan saya pemain yang lebih berdisiplin dan kuat secara mental," ujarnya.



Zulfahmi, 27 tahun, yang berasa gembira dapat kembali menyarung jersi Hougang United, bertekad untuk menggunakan pengalaman tersebut untuk membantu kelab itu di Liga Perdana Singapura (SPL) musim ini.



Jelas, pemain yang kini dilantik sebagai kapten berjaya mempamerkan persembahan yang cemerlang dalam beberapa perlawanan lalu.



Antaranya, ketika Hougang menentang Geylang International pada 21 April.



Persembahan Zulfahmi mendapat perhatian setelah berjaya membantu mencipta dua peluang gol atau 'assist' yang menyaksikan mereka menewaskan Geylang 4-1 - kemenangan terbesar mereka sejauh ini untuk musim ini.



Zulfahmi menyifatkan peningkatan persembahannya sebagai sesuatu yang telah beliau usahakan dengan meletakkan lebih perhatian kepada sesi latihan.



"Saya gembira dapat menyumbang ketika bermain untuk Hougang...saya hanya mahu melakukan yang terbaik apabila diberi kesempatan untuk beraksi.



"Saya rasa saya kini lebih mantap secara mental dan berada di Thailand membantu saya menjadi lebih matang.



"Dan sebagai kapten, terdapat cabarannya tersendiri, terutama dengan pemain yang kita ada. Di kelab ini, kita percaya bahawa kita bukan saja mempunyai satu ketua pasukan. Semua pemain berlalu bertanggungjawab dan menjadi ketua.



"Bagaimanapun, ia satu penghargaan dapat mengetuai barisan pemain hebat.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurusan kelab ini kerana mempunyai kepercayaan terhadap diri saya," tambahnya.



Jadi tidak menghairankan pemain yang menyertai Hougang buat pertama kalinya pada 2017 turut dikenali sebagai pemain berbahaya dalam set-piece, terutama tendangan bebas, oleh pihak lawan.



Empat gol dalam kerjaya profesional beliau dijaringkan menerusi tendangan percuma - yang terbaru ketika membantu skuad Singa menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Oman di Piala AirMarine Mac lalu.



Bagi musim ini, Zulfahmi telah menetapkan matlamat untuk membantu Hougang meraih keputusan cemerlang dengan menggalas tanggungjawabnya sebagai kapten dengan baik.



Kata beliau: "Saya harap dapat membalas kepercayaan kelab ini terhadap saya dengan memberikan yang terbaik dan menyokong pasukan dalam apa jua cara yang saya mampu.



"Bagi pasukan ini, saya harap kami dapat kekalkan persefahaman antara kami dan bermain bola sepak yang menarik. Kita hanya boleh menjadi lebih baik selepas ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >