Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Keadaan tegang selubungi Old Trafford

West Ham menanti untuk beri lebih banyak tekanan ke atas Mourinho
Sep 29, 2018 | 05:30 AM



LONDON: Krisis di Old Trafford seolah-olah tidak ada penghujungnya.



Setelah tampak pulih daripada krisis awal setelah berjaya mencatat tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan setempat dan Eropah, Manchester United tewas dalam perlawanan Piala Liga di tangan kelab divisyen bawah, Derby County.



Seolah-olah kekalahan memalukan itu tidak cukup meletakkan tekanan di bahu Jose Mourinho, beliau mengumumkan bahawa peranan naib kapten yang dipegang Paul Pogba telah dilucutkan; sekali gus mengesahkan desas-desus mengenai ketegangan antara dua personaliti itu.



"Saya tidak perlu menjelaskan sebab keputusan saya mengenai Pogba," ujar Mourinho selepas perlawanan menentang Derby itu.



Bagaimanapun, Mourinho mempunyai banyak penjelasan yang perlu dilakukan sekiranya United tewas malam ini di tangan West Ham.



West Ham yang menjadi tuan rumah menunjukkan kemajuan baru-baru ini setelah tewas dalam tiga perlawanan pembukaan Liga Perdana England.



Anak buah Manuel Pallegrini menunjukkan persembahan menggalakkan ketika mengalahkan Everton di Goodison Park sebelum menewaskan Macclesfield Town 8-0 dalam perlawanan Piala Liga.



Mengenai perlawanan menentang West Ham, Mourinho menolak saranan bahawa isu beliau dan Pogba bakal mengalihkan tumpuan pemain dari misi di tangan.



"Tiada masalah. Kami terus fokus. Yang ada masalah hanyalah para pengamat," kata Mourinho.



Bekas pemain Arsenal, Martin Keown, berkata Mourinho boleh mengelak isu ketegangan antara beliau dan Pogba, namun jurulatih asal Portugal itu tidak berdiri di bumi nyata jika beliau tidak bimbang isu tersebut mempunyai impak ke atas pemain.



"Sikap agresif Jose terhadap pemain ini sesuatu yang ganjil. Beliau tidak pernah bersikap seperti ini. Mungkin dalam musim terakhirnya di Chelsea - apabila beliau dan Hazard berkelahi secara terang-terangan. Hazard ketika itu adalah pemain terbaik Chelsea dan Pogba pula pemain penting United.



"Saya musykil sekali kerana Pogba baru-baru ini telah menunjukkan keunggulan beliau di padang dan Mourinho memilih detik ini untuk mencetuskan ketegangan," ujar Keown.



Legenda United, Peter Schmeichel pula berpendapat pemain mempunyai tanggungjawab kepada peminat dan kelab bagi menunjukkan persembahan terbaik mereka.



"Apa yang berlaku di luar padang, ketegangan yang timbul, tentu mempunyai kesan. Tetapi sebagai pemain, mereka harus bersikap profesional. United di atas kertas adalah pasukan yang gagah. Mereka perlu mula mempamerkan kegagahan itu bermula dengan perlawanan menentang West Ham," tegasnya.



Sementara itu, Pallegrini pula enggan mengulas keadaan di Old Trafford, sebaliknya memilih untuk fokus kepada suasana positif di West Ham.



"Kami telah melalui masa sukar dan nampaknya kami telah berjaya mengatasinya. Perlawanan menentang Manchester United, dalam apa juga keadaan, adalah perlawanan yang sukar. Tapi kami mempunyai peluang yang baik untuk mengutip tiga mata dan meneruskan kemajuan kami. Itu yang menjadi tumpuan saya dan pemain," kata beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >