Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BADMINTON

Kean Yew dijangka berlatih lagi bersama Axelsen dalam usaha raih pingat Olimpik

Dec 22, 2021 | 05:30 AM



LATIHAN sebulan bersama pemain badminton nombor satu dunia dan juara Olimpik Viktor Axelsen dari Denmark selepas Sukan Tokyo 2020 dianggap secara meluas sebagai faktor utama dalam kebangkitan pemain Singapura Loh Kean Yew untuk menjadi juara dunia.



Oleh itu Persatuan Badminton Singapura (SBA) mengesahkan kelmarin bahawa formula kemenangan itu dijangka berulang bulan depan sedang ia merancang laluan Loh untuk meraih pingat di Olimpik Paris 2024.



Axelsen menghampiri Loh untuk berlatih bersamanya pada awal 2020, semasa kejohanan Spain Masters.



Bagaimanapun, rancangan itu tergendala kerana Sukan Olimpik ditunda setahun akibat pandemik Covid-19.



Ia hanya menjadi kenyataan pada Ogos lalu.



Pengarah teknikal SBA Martin Andrew memberitahu The Straits Times:



"Kean Yew akan pergi berlatih bersama Viktor dan pemain lain di Dubai sebelum beraksi dalam pertandingan di India pada Januari, dan beliau mungkin juga kembali ke Dubai selepas acara itu selama beberapa minggu lagi."



Selain memperbaiki lagi permainannya dengan lawan tahap tinggi di Kompleks Sukan Nad Al Sheba, Andrew berharap Loh dapat mencontohi standard emas Axelsen yang konsisten dalam membuat rembatan dan persembahan semasa kejohanan.



Statistik daripada Persekutuan Badminton Sedunia menunjukkan sebelum tewas kepada Loh dalam pusingan pertama Kejuaraan Dunia, Axelsen, 27 tahun, menang 61 daripada 66 perlawanan dan merangkul tujuh gelaran tahun ini.



"Konsistensi rembatan Kean Yew telah meningkat banyak, dan kami mahu dia bermain dengan kurang kesilapan sambil mengekalkan tahap risiko yang diambil.



"Beliau juga dapat kekal konsisten dari segi persembahan semasa kejohanan pada tahap tinggi baru-baru ini, tapi itu tempoh pendek dan kita harus menjangka dan menguruskan turun naik dalam persembahan.



"Viktor mempunyai persembahan hebat sepanjang 2021, dan (Kento) Momota sebelum ini punya persembahan serupa sepanjang 2019 (apabila beliau menang rekod 11 gelaran).



"Kean Yew harus menyasar mengekalkan prestasinya sedapat mungkin, tetapi beliau sekarang bermain pada tahap tinggi kejohanan bertaraf dunia, jadi cabarannya lebih besar."



SBA akan juga bekerjasama dengan Institut Sukan Singapura mengenai biomekanik dan penandaan perlawanan (match tagging) untuk mendapatkan data bagi memahami lebih lanjut kekuatan dan kelemahannya, dan meningkatkan sokongan psikologi untuk membantu Loh menghadapi tuntutan menjelajah pada tahap tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >